Saturday, September 12, 2009

betul ka sial jumpa biawak ?


Kata orang kalau kita jumpa biawak, akan jumpa dengan SIAL, contoh, kita bawa kereta lepas tu jumpa biawak lintas jalan .. lepas tu dalam masa 2 atau 3 jam mesti ada masaalah SIAL kata orang.. petua orang tua-tua nak elah SIAL kita kena ludah masa kita jumpa dia... KATA ORANG TUA-TUA LA......... tetapi kalau biawak pula sial kan jumpa dengan ORANG INDIA, Jadi lauk lah dia..

Sunday, August 30, 2009

kuat betul budak ni..

boleh mati budak ni kalau tersalah jerut.. tapi kita boleh respet lah memang kuat.. ketahanan leher dia.. besi boelh bengkok.. kamu boleh buat ?

Wednesday, August 26, 2009

Pokok pisang jenis apa ? banyak buah.

pernah kamu jumpa pokok pisang jenis macam ni.. kalau lah buahnya boleh di makan .. aduh satu kampung makan tak habis, bertuah punya tuan.. dapat maklumat ni di kuala selangor dekat tanjung karang, panjang betul tandan nya.

Tuesday, August 25, 2009

Besar Lembu ni..

kat melaysia belum ada lagi lembu ni.. kalau ada nak buat kenduri, beli aje sekor boleh makan 3 ribu orang.. bila nak datang kat malaysia ... emmmmmmm tak tahu lah.. takut datang aje kat malaysia jadi kecik macam lembu biasa pula..



Friday, August 21, 2009

Biawak atau Dab..


menurut ceritanya ini adalah sejenis biawak pasir yang di berinama DAB , Dab ini boleh di makan atau di buat ubat . cukup mujarab atau di buat ubat power untuk tenaga batin, dulu-dulu di era tahun 90an cukup popular DAB ini.. buat minyak urut atau dagingnya buat kari.. wauuu sedap tau.. kata orang le...

Sunday, August 16, 2009

Ikan apa ni ? mulutnya macam gaji..

ikan ni kalau sesak boleh buat gaji mulut dia.. macam ikan pari...

Tuesday, July 7, 2009

Hantu Jacko di Neverland?

LOS ANGELES - Peminat-peminat Raja Pop, Michael Jackson kini berdebat sama ada satu bayang seperti lembaga hantu yang muncul ketika satu siaran stesen televisyen CNN disiarkan secara langsung itu merupakan roh penyanyi berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.
Satu lembaga dilihat bergerak di koridor rumah Michael iaitu Neverland Ranch di Santa Barbara di sini tetapi ketika itu ia tidak disedari oleh jurukamera dan pengacara siaran CNN.
Lembaga itu kemudian hilang ketika stesen televisyen CNN membuat liputan berhubung rumah Michael itu. Liputan itu berjudul Inside Neverland yang menyiarkan temu ramah dengan abang Michael, Jermaine Jackson. Peminat-peminat Michael yang mesra dengan panggilan Jacko ketika dia masih hidup berdebat di laman web sama ada hantu Raja Pop itu yang berjalan menuju dalam rumah itu atau ia cuma merupakan bayang-bayang. Salah seorang peminat Jacko berkata dalam satu laman web: "Ia pastinya bukan satu bayang-bayang, Tidak ada sesiapa pun di sana (rumah Jacko) yang membuat bayang-bayang." Seorang lagi peminat memberitahu: "Kemungkinan ia (lembaga itu) ialah Michael bagi memberitahu kita bahawa dia masih lagi bersama kita tetapi dalam bentuk roh."Bagaimanapun, terdapat peminat yang tidak mempercayai kewujudan hantu Jacko. Menurut seorang lagi peminat, lembaga itu terlalu tinggi untuk kelihatan seperti Jacko. Imej itu turut disiarkan di laman web YouTube sekali gus tersebar dengan cepat di Internet. Jacko meninggal dunia pada 25 Jun lalu di rumah yang disewanya di sini selepas degupan jantungnya tiba-tiba terhenti. Jenazahnya akan dikebumikan pada hari ini di Hollywood Hills. - Agensi

Friday, June 5, 2009

Anak kucing bermata satu: SEORANG pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB), Abu Hasan Lumat, 56, bersama rakannya yang sedang membersihkan stor TNB di Masjid Tanah, Melaka, pagi kelmarin menemui seekor anak kucing bermata satu dengan muka dan telinganya mirip kera yang dilahirkan seekor kucing liar di pekarangan stor itu. Bagaimanapun, hayat anak kucing itu hanya 24 jam saja selepas ia ditemui mati pagi semalam ketika Abu Hassan cuba memberikannya susu. Biarpun sedih dengan kejadian itu, beliau menganggap anak kucing itu memberikannya suatu pengajaran mengenai kehidupan.

Thursday, May 21, 2009

kasaragodvartha _ harimau tamil



à´ªിà´³്à´³േà´°ുà´Ÿെ à´“à´°ോ à´µേലയേ ! à´•ൊà´²്ലപ്à´ªെà´Ÿ്à´Ÿ à´Žà´²്‍.à´Ÿി.à´Ÿിà´‡ à´¨േà´¤ാà´µ് à´µേà´²ുà´ª്à´ªിളള à´ª്à´°à´­ാà´•à´°à´¨്à´±േà´¤ാà´¯ി ഇന്‍à´°്‍à´¨െററിà´²ൂà´Ÿെ à´ª്à´°à´šà´°ിà´•്à´•ുà´¨്à´¨ à´«ോà´Ÿ്à´Ÿോ. à´ª്à´°à´­ാà´•à´°à´¨്à´±േà´¤െà´¨്à´¨് പറഞ്à´ž് à´¶്à´°ീലങ്à´•à´¨്‍ à´¸ൈà´¨്à´¯ം à´•ാà´£ിà´š്à´š à´®ൃതദേà´¹ം à´Ÿി.à´µിà´¯ിà´²ൂà´Ÿെ à´•ാà´£ുà´¨്à´¨ 'à´ª്à´°à´­ാà´•à´°à´¨്à´±െ' à´šിà´¤്à´°à´®ാà´£ിà´¤്.

Sunday, May 17, 2009

Ular Sawa


besar betul Ular sawa ni , kesian dah le kenyang, terjerat pula.

Wednesday, May 13, 2009

macam tak percaya.. tapi betul ni..

besar betul biawak ni.. kalau jumpa kat kaum india , habis jadi lauk, sebulan tak tak payah pergi pasar. silap-silap kenduri makan satu kampung. jinak la.. di orang ternak biawak agaknya. kalau jumpa dengan saya dia tak lari saya yang lari... ooooooooo takuttttt.. dalam email yang saya dapat mengatakan gambar ini di ambil di serawak.. betulah agaknya tuuuuuuuuuuu.

bulitin utama t3.. kelakar




tak tahulah apa yang menarit anda boleh buka tingok kat sini.

lawak + kelakar habis.

bulitin Utama T3.

Tuesday, May 12, 2009

ikan apa ni.. ? pelik betul..



pernah tingok tak ikan macam ni.. makan orang agaknya.. kalau jumpa kat kita , lari lintang pukang.

Saturday, May 9, 2009

Awas !!! Berhati-hati dengan Lelaki ini

Assalamu'alaikum...
Disini saya ingin memberi amaran dan peringatan buat semuanya di seluruh Malaysia mengenai kegiatan seorang penipu yang mana modus operandinya adalah menawarkan handphone murah (kastam kononnya), kereta murah (kereta anda yang akan dilarikan) dan juga perempuan-perempuan semua berhati-hati dengan lelaki ini, jangan sampai kena jual.Awas bila berhadapan dengannya kerana dipercayai mengamal ilmu hitam dengan cincin taring harimau.Telah banyak laporan polis dibuat terhadap lelaki ini, di KL- kes tipu duit handphone. JB - kes tipu duit kereta. Melaka - kes larikan perempuan, Kedah - kes curi kereta. Dan banyak lagi kes.Merupakan bekas banduan. Berasal dari Kedah. Nama SURADI ISKANDAR BIN FISOL @ DK (lihat gambar).
Rujuk laporan polis no.repot PANTAI/000996/09
Sukar dijejak kerana sering berpindah-pindah ke bandar-bandar lain. Jika terlihat atau terjumpa sila lapor kepada polis dengan segera. Kalau boleh, tangkap, tapi pastikan jangan bertindak seorang. Minta bantuan.Sekarang ini dipercayai berada di Kuantan Pahang.

Wednesday, May 6, 2009

lagi kes Peragut keparat !

BEBERAPA anggota polis memeriksa mayat Saripah yang dilanggar kereta selepas diragut di Kampung Padang Raja, Jalan Melor, Ketereh, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU: “Isteri saya yang hamil tiga bulan begitu seronok bermalam di rumah ibunya di Kampung Kok Bedollah, Tumpat selama seminggu kerana dapat menikmati buah mangga.“Tapi tiada siapa menyangka keseronokan itu hanya sementara dan berakhir dengan tragedi,” kata Mohd Zani Awang, 39, suami kepada Sharifah Mohd Noor, 33, yang maut akibat digilis sebuah kereta sebaik terjatuh dari motosikal selepas beg tangannya diragut, kira-kira jam 10.50 pagi, pagi semalam. Katanya, isteri ada menghubunginya dari rumah terbabit kelmarin untuk bertanya khabar.Mohd Zani yang tidak dapat menahan sebak berkata dia terkilan kerana tidak sempat menyambut kelahiran cahaya mata keenam. Kali terakhir dia menemui isterinya seminggu sebelum arwah pergi ke rumah ibunya, Hasimah Husin, 60-an, untuk melihat dua anak perempuan mereka berusia dua dan lima tahun di sana. Dia begitu seronok kerana dapat menikmati buah mangga. Menurutnya, ketika kejadian arwah dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Jel, Repek, Bachok. “Ketika menghantarnya ke sana dengan motosikal sama, saya sempat bermalam di rumah ibunya. Selepas itu terpaksa balik untuk bekerja menggunakan motosikal adik ipar.“Dia seorang yang mudah mesra dan suka mengambil berat hal anaknya. Saya tidak tahu bagaimana ingin menjalani kehidupan selepas ini, terutama bagi lima anak yang sentiasa merindui ibu mereka,” katanya.Bagi lima anaknya yang berusia dua hingga 13 tahun, kata Mohd Zani, mereka paling merasai kehilangannya. Malah, dia sedih kerana nyawa isterinya melayang angkara peragut yang tidak berhati perut dan kejam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata kejadian berlaku ketika mangsa menunggang motosikal Honda EX5 dalam perjalanan dari Ketereh ke Melor, dekat sini.Menurutnya, ketika melalui Jalan Padang Raja, motosikal ditunggang arwah dihampiri dua lelaki bermotosikal berusia 20-an yang secara tiba-tiba meragut beg tangan yang digantung pada bahunya.“Ketika itu berlaku pergeseran motosikal mangsa dengan suspek sehingga menyebabkan dia hilang kawalan lalu terjatuh di laluan bertentangan.“Pada masa sama, datang sebuah kereta Proton dari arah bertentangan terlanggar mangsa. Mangsa mati serta-merta di tempat kejadian akibat cedera di kepala dan anggota badan,” katanya.Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan jenayah hingga menyebabkan kematian.Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah di talian 09-7752200 atau di balai polis berdekatan.
http://www.hmetro.com.my/Thursday/BeritaUtama/20090507053450/Article

mat Rempit lagi kejam.. sangup korbankan orng lain


JOHOR BAHRU: Bagai babak drama sedih, seorang anak mangsa ragut berusia tujuh tahun terpaksa dipeluk ibu saudara bagi menenangkan keadaan selepas beberapa kali bertanyakan ke mana ibunya pergi.Puteri Norashikin Salleh tidak berhenti menangis apabila mengetahui ibu tercinta, Jamilah Selamat, 31, meninggal dunia kira-kira 7.30 pagi semalam selepas 36 jam koma di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.Dia gagal ditenangkan ahli keluarga dan saudara-mara yang berkumpul di luar bilik mayat HSA, tengah hari semalam.Bagaimanapun, kanak-kanak itu dapat ditenangkan apabila ibu saudaranya memeluk dan menyuruhnya menghadiahkan al-Fatihah buat bekalan ibu di alam barzakh. Kenyataan hidup yang dihadapi Puteri Norashikin bersama adiknya, Mohd Khairi Ridwan, 5, begitu pahit kerana dia bukan saja kehilangan ibu tersayang, malah tidak sempat menimang adik selepas arwah disahkan mengandung lebih dua bulan. Jamilah menemui ajal selepas bertarung nyawa lebih 36 jam dalam keadaan koma apabila terjatuh dari motosikal sebaik beg tangan dalam raga disentap peragut dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, Ahad lalu, di Taman Air Hitam, Batu Pahat.Difahamkan, ketika kejadian, Jamilah yang bekerja sebagai jurujual kedai kraftangan di pekan Ayer Hitam, baru membeli makanan dan barangan keperluan harian di sebuah pasar malam untuk dibawa pulang ke rumahnya di Jalan Mekar, Taman Mekar, kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.Allahyarham terjatuh dari motosikalnya dengan muka terhentak jalan.Seorang lelaki yang lalu di kawasan berkenaan melihat dua lelaki melarikan diri selepas meragut beg tangan mangsa.Suami mangsa, iaitu bapa tiri Puteri Norashikin, Razali Ahmad, 41, berkata dia berkahwin dengan Jamilah selepas Aidilfitri kira-kira enam bulan lalu selepas isteri pertamanya meninggal dunia akibat kanser.“Saya mempunyai dua anak berusia 17 dan 15 tahun hasil perkahwinan dengan isteri pertama, manakala arwah mempunyai dua anak berusia tujuh dan lima tahun,” kata peniaga makanan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Machap itu.Katanya, kejadian ragut menyebabkan nyawa Jamilah melayang itu adalah yang kedua.Pertengahan tahun lalu, arwah pernah diragut di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam ketika menunggang motosikal.Dia kehilangan beg tangan yang juga diletakkan dalam raga.Menurut Razali, berikutan kejadian itu, seorang rakan mengajar arwah untuk menyimpulkan tali beg tangan pada cermin sisi bagi mengelaknya mudah dilarikan peragut.“Berdasarkan cerita rakan, motosikal arwah terseret beberapa meter, mungkin disebabkan sentapan kuat pada beg tangannya yang disimpulkan pada cermin sisi. Ini menyebabkan Jamilah gagal mengawal motosikal sebelum terjatuh,” katanya.Razali berkata, arwah dibawa ke HSA dari Hospital Batu Pahat pada awal pagi Isnin lalu bagi menerima rawatan rapi, tetapi gagal diselamatkan akibat parah di kepala serta muka.Jenazah isterinya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Air Hiitam, petang semalam.Sementara itu, adik ipar mangsa, Fauziah Ahmad, 34, berkata dia mempunyai sebab untuk membenci dan berdendam dengan peragut.“Jika saya mempunyai kuasa undang-undang, sudah pasti saya akan menjatuhkan hukuman paling berat termasuk hukuman mati kepada peragut. Mereka bukan saja pencuri, tetapi juga pembunuh,” katanya.

Thursday, April 30, 2009

kenapa kejam sangat !!!

GEORGE TOWN - Biarpun mengetahui tindakan suami membunuh anak sendiri tiga tahun lalu tetapi dua suri rumah hanya mendiamkan diri.Kedua-dua wanita yang berusia 31 dan 37 tahun itu telah ditahan pukul 1 pagi semalam di hadapan sebuah restoran di Jalan Air Itam di sini atas tuduhan terlibat membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.
Kanak-kanak perempuan yang juga merupakan orang kurang upaya itu merupakan anak kepada wanita yang berusia 37 tahun itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner II Wan Abdullah Tunku Said berkata, kedua-dua suri rumah yang bermadu itu ditahan reman sehingga 6 Mei ini bagi membantu siasatan. "Kita percaya mereka tahu tindakan yang dilakukan oleh suami mereka terhadap kanak-kanak itu namun kedua-duanya mendiamkan diri dan tidak membuat laporan kepada polis. "Mayat kanak-kanak malang itu dipercayai diikat tangan dan kakinya sebelum ditanam," kata beliau di sini semalam. Menurut beliau, daripada siasatan abang kandung mangsa yang kini berusia 16 tahun turut menyaksikan suspek yang berusia 40 tahun itu menanam adiknya. Wan Abdullah mengulas demikian mengenai penemuan rangka seorang kanak-kanak yang ditanam sedalam satu meter di bawah sebatang pokok di kawasan padang di Kampung Pisang di Air Hitam petang kelmarin.

Monday, April 27, 2009

macam ni pun ada..


apa yang kamu nampak, ada pebezaan antara gambar ini.. email yang saya terima ..