Thursday, February 26, 2009

Penumpang maut kereta terbalik


MAUT...penumpang kereta yang maut apabila kenderaan dinaiki terbalik dalam kemalangan di Kilometer 137.1, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Muar, semalam.
Seorang lelaki maut manakala anak lelakinya cedera ringan apabila kereta dinaiki mereka terbalik selepas terbabas dalam kemalangan di Kilometer 137.1 Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini, pagi semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa, Mamat Juri, 73, meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya, Ramlan berusia 37 tahun yang memandu kereta itu, hanya cedera ringan.Menurut Ramlan, ketika kejadian, dia dan arwah bapanya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur pulang ke rumah mereka di Taman Sri Pulai, Johor Bahru.Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, dia memandu di lorong laju sebelum tiba-tiba sebuah treler di lorong kiri mencelah masuk ke laluannya dipercayai cuba memintas sebuah lagi lori di hadapan.Menurutnya, dia terkejut dan cuba mengelak sebelum terbabas ke dalam parit konkrit dan terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas.

Tuesday, February 24, 2009

3 maut melaram kereta ‘baru’. Kuantan Pahang


REMUK...keadaan kereta yang dinaiki lima sahabat selepas terbabit nahas. Gambar kecil, Mohd Hafiz (kiri) dan Sharifah Nor Jannah.
Kegembiraan seorang posmen melaram kereta baru dibeli empat hari lalu bersama empat rakan berakhir tragedi apabila tiga daripada rakannya itu maut selepas terbabit kemalangan di Jalan Teluk Cempedak di sini, pagi semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi, kereta mangsa dipandu seorang rakan yang baru mendapat lesen memandu dipercayai hilang kawalan sebaik tiba di persimpangan Datuk Abu Samah, Kuantan, pahang sebelum terbabas dan merempuh sebatang pokok. Difahamkan, ketika kejadian kelima-lima mangsa dalam perjalanan pulang ke Pekan selepas makan malam di Teluk Cempedak. Mangsa yang maut semua penumpang belakang, Mohd Herry Razali, 23, dari Kampung Sungai Mat Dulang, Pekan; Mohd Hafiz Jantan, 24, dari Padang Polo, Pekan dan Sharifah Nor Jannah Syed Mohammad, 18, dari Kampung Parit, Pekan.

Saturday, February 21, 2009


Bagai satu fenomena hari ini apabila rakaman gambar lucah, khususnya wanita, menjadi perangkap untuk mengugut mangsa, sama ada terus meratah tubuh mereka atau mendapatkan wang.Malah, ada lelaki bernafsu syaitan dan tidak berhati perut meminta wang saraan setiap bulan daripada bekas teman wanitanya sebagai ganti jika tidak mahu gambar bogel atau seks mereka disebarkan.Membimbangkan, gejala merakam aksi lucah dan seks berlaku di kalangan pasangan bercinta, berkahwin, penuntut serta golongan eksekutif atau profesional.Terbaru, tersebar di Internet gambar separuh bogel milik Exco Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, 37. Penyebaran gambar Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menyebabkan Elizabeth menawarkan diri meletak jawatan Exco Selangor dan Adun Bukit Lanjan.
Selain Elizabeth, ramai wanita menjadi mangsa ‘lelaki gila’ apabila gambar lucah mereka disebarkan di Internet. kepada wanita-wanita harus berhati-hati jangan sampai maruah tergadai kerana pujuk rayu mereka lelaki yang tidak bertanggung jawap..

Sunday, February 15, 2009

Treler terbabas di KM 25 Lebuhraya Karak

Km 25 Lebuhraya KL-Karak/Batu 11, Jalan Gombak. 15 Feb 2009

Hasrat seorang isteri menemani suaminya menaiki treler dipandu suaminya, akhirnya berakhir dengan tragedi. Kedua-dua mereka akhirnya menemui ajal dengan keadaan yang amat tragis. Pasangan suami isterinya akhirnya maut apabila treler yang dinaiki terhumban ke tebing sungai setelah terbabas di lebuhraya. Kemalangan berlaku kira-kira jam 9 pagi tadi di KM 25 Lebuhraya Karak arah Kuala Lumpur. Treler ini membawa muatan batang besi pembinaan seberat kira-kira 25 tan dari Pantai Timur dan dipercayai menuju ke Shah Alam.
Setibanya di tempat kejadian, treler ini dipercayai hilang kawalan lalu merempuh besi penghadang lebuhraya. Ia kemudian terus terhumban ke bawah setinggi kira-kira 8 meter menyebabkan kepala treler ini terbalik manakala muatannya bertaburan di atas lebuhraya dan terjatuh ke jalan di bawah. Suami, Azizan Abu Bakar, 49 tahun dari Kg Hutan Gelam, Tikam Batu, Sg Petani, Kedah tercampak di atas jalan dan ditimpa oleh batang besi. Manakala isterinya, Zarina Abdullah , seorang warga Thai, beralamat di Batu 1 Kg Behor Temak Kangar, Perlis, tersepit di celah kepala treler yang remuk.
Kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian. mereka dipercayai baru sahaja berkahwin tahun lalu. Sekeping kad Hal-Ehwal Agama Islam Perlis yang ditemui di tempat kejadian, menunjukkan , Zarina baru sahaja memeluk agama Islam Jun tahun lalu. Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Supritendan Che Husin Omar berkata, kawasan terbabit merupakan kawasan kerap berlaku kemalangan kerana ia merupakan laluan menuruni bukit dan merupakan satu selekoh. Siasatan juga menjurus samada kemalangan akibat masalah mekanikal seperti tayar atau kecuaian pemandu.

Friday, February 13, 2009

kemalangan maut di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang




Km 4-7, Lebuhraya DUKE, Gombak Selangor 13 Feb 2009

Ini merupakan kemalangan maut pertama berlaku di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang DUKE yang baru dibuka kepada semua lalulintas sejak 9 Januari 2009 lalu. Ini merupakan kemalangan maut pertama berlaku di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang DUKE yang baru dibuka kepada semua lalulintas sejak 9 Januari 2009 lalu. Pemandu Mercedez Benz ini sedang memandu di lorong laju apabila tiba-tiba sebuah kotosikal terbabas ke laluannya. Kejadian berlaku kira-kira jam 9-30 pagi di KM 4-7 Lebuhraya DUKE dari arah Gombak menuju ke Plaza Tol Sentul. Pemandu terbabit tidak sempat mengelak lalu terus bergesel dan merempuh penunggang motosikal warga emas terbabit. Akibat rempuhan kuat, mangsa melambung dan tercampak ke arah cermin kereta menyebabkan mangsa terhumban ke dalam kereta. Keadaannya kepalanya di atas kerusi penumpang dalam keadaan terlentang manakala badan dan kakinya di atas bonet kereta. Pemandu terbabit yang terkejut dan ketakutan akibat sebahagian badan mangsa yang berlumuran darah di dalam keretanya, segera memberhentikannya kira-kira 100 meter di hadapan. Akibat kemalangan ini juga, kaki kanan mangsa terputus dan terjatuh di atas lebuhraya. Mangsa dikenali sebagai Ching Jam Soai @ Cherng Gim Swemg dari Batu 3 1/2, Jalan Gombak , Kuala Lumpur berusia 74 tahun.

Wednesday, February 11, 2009

> Parkison hanya menerang orang tua



“TERUS TERANG saya katakan, stigma masyarakat membuatkan kami pesakit Parkinson ‘mati’ sebelum masanya,” luah Niamat Ali Raukee, 68. Bercerita lanjut, insiden diketawakan, dipandang sebagai objek pelik serta diperlekehkan sudah menjadi asam garam kehidupan Niamat dan pesakit Parkinson yang lain. Malah, semenjak disahkan menghidap penyakit pergerakan dan rangsangan otot itu kira-kira 14 tahun lalu, terlalu banyak insiden yang membuatkan beliau berasa lebih selesa duduk di rumah sahaja. “Saya pernah diketawakan kerana meminta tolong bangunkan saya dari kerusi ketika hendak membayar bil. Orang itu anggap saya berpura-pura,” katanya. Walaupun Niamat mengambil ubat-ubatan sebanyak tujuh kali sehari, fenomena ‘baik sekejap’ membuatkan beliau hanya mampu berjalan sempurna selama dua jam selepas mengambil ubat. “Anggapan yang pesakit Parkinson ini selalu menggeletar tangan tidak tepat. Tangan saya menggeletar pada waktu tertentu sahaja.
“Masalah utamanya ialah apabila kita tidak mampu menggerakkan tubuh. Itulah yang orang ramai tidak faham,” katanya. Nyata, melihat keadaan Naimat ketika diwawancara, tiada langsung tanda yang beliau menghidap penyakit yang sering dikaitkan dengan warga emas itu.
Bekas guru ini juga memberitahu, agak sukar pada mulanya untuk beliau menerima hakikat dirinya menghidap Parkinson. Hanya selepas menjalani diagnosis di beberapa buah hospital barulah beliau dapat menerima kenyataan. “Hingga kini, masih ada rakan yang tidak percaya saya mengalaminya kerana pada zahir semuanya kelihatan sempurna. “Namun sebenarnya ia sangat menakutkan. Segalanya bermula dengan kesukaran menggerakkan kaki kiri beberapa tahun lalu dan kini, saya disahkan menghidap Parkinson,” katanya. Pakar Runding Neuro dari Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr. Chew Nee Kong menjelaskan, penyakit misteri ini sering disalah anggap oleh masyarakat.

Tuesday, February 3, 2009

Kaabah di bena sejak nabi Adam lagi

Rumah ibadat yang dimaksudkan oleh ayat itu merupakan Kaabah. Iaitu perkataan Arab bermaksud tempat tinggi yang dihormati dan penuh kebesaran, selain turut bermakna segi empat berbentuk kiub.Kaabah di Kota Mekah tidak sahaja disifatkan sebagai rumah ibadat pertama malah dikatakan binaan pertama dibina di muka bumi ini, iaitu sejak zaman Nabi Adam a.s lagi.Mungkin sesuai dengan antara gelaran lain yang diberikan kepada Kaabah, iaitu Baitul Ateeq yang bermakna paling awal atau paling lama (Kaabah juga digelar Baitul Haram yang bermakna Rumah yang dihormati).Dikatakan Allah telah memerintahkan Nabi Adam supaya mendirikan sebuah binaan seakan-akan sama dengan Baitul Makmur di langit.Itulah keistimewaan Kaabah yang kekal sehingga ke hari ini apabila mempunyai kedudukan yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di langit.Menurut riwayat Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w menyebut Kota Mekah dipilih sebagai tempat binaan Kaabah kerana kedudukannya yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di alam malaikat.Baitul Makmur merupakan tempat khas yang diciptakan Allah khusus untuk malaikat melakukan tawaf menggantikan tempat yang asal iaitu di Arasy.Ini kerana Arasy kawasannya amat luas dan sekiranya melakukan untuk menghabiskan satu tawaf ia mungkin menjangkau waktu hingga ke hari Kiamat.Sebelum terciptanya Baitul Makmur, seluruh malaikat bertawaf di sekitar Arasy sambil beristighfar, bertasbih dan membesarkan Allah sebagai bukti kepatuhan mereka kepada Allah Yang Maha Agung.Dikatakan ketika Nabi Ibrahim dalam usia yang lewat, baginda diperintahkan oleh Allah untuk membina Kaabah dengan bantuan putera baginda Nabi Ismail.Nabi Ibrahim dan anaknya itu diperintahkan oleh Allah supaya membina semula Kaabah yang sesetengah riwayat binaan itu dibina di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang runtuh akibat banjir besar dan taufan yang melanda di zaman Nabi Nuh as.Ini disebut dalam firman Allah yang bermaksud: "Dan ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membina, lalu Kami berfirman kepadanya): Janganlah engkau menyekutukan sesuatu pun denganKu dan bersihkanlah rumah-Ku (Kaabah ini) bagi orang yang tawaf dan orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud." (Surah al-Hajj: 26-27)Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim dikatakan menggunakan batu-batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Al-Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.Ketika membina Kaabah itu, Nabi Ibrahim berkata kepada Ismail: "Bawakan batu yang baik kepadaku untuk aku letakkan di satu sudut supaya ia menjadi tanda kepada manusia".Hajar Aswad Kemudian Malaikat Jibril memberi ilham kepada Ismail supaya mencari batu hitam (Hajar Aswad) untuk diserahkan kepada Nabi Ibrahim.Persoalan mengenai batu hitam atau Hajar Aswad ini benarkah batu ini dikatakan berasal dari syurga? Benarkah malaikat Jibrail mengambilnya dari syurga dan menyerahkan batu itu kepada Nabi Ismail? Menurut banyak riwayat, antara lain daripada Abdullah bin Umar bin Khattab, Hajar Aswad berasal dari syurga. Riwayat oleh Sa'id bin Jubair r.a daripada Ibnu Abbas daripada Ubay bin Ka'b r.a, menerangkan bahawa Hajar Aswad dibawa turun oleh malaikat dari langit ke dunia.Abdullah bin Abbas juga meriwayatkan bahawa Hajar Aswad ialah batu yang berasal dari syurga, tidak ada sesuatu selain batu itu yang diturunkan dari syurga ke dunia ini.Riwayat-riwayat di atas disebutkan oleh Abu al-Walid Muhammad bin Abdullah bin Ahmad al-Azraki (224 H/837 M), seorang ahli sejarah dan penulis pertama sejarah Mekah.Tidak ditemukan maklumat yang jelas tentang siapa yang meletakkan Hajar Aswad itu pertama kali di tempatnya di Kaabah; apakah malaikat ataukah Nabi Adam a.s.Sesetengah ada diceritakan bahawa batu tersebut berasal dari syurga yang sama-sama turun ke bumi bersama-sama dengan Nabi Adam dan isterinya, Siti Hawa.Batu itu kemudiannya hilang ketika berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh dan sehinggalah ditemui semula oleh Nabi Ismail dengan bantuan Malaikat Jibrail.Walau apa pun mengenai latar belakang dan asal usul batu ini, setelah beroleh batu tersebut Nabi Ibrahim berdiri dan meletakkan batu itu di sudut timur Kaabah atau sebelah kiri Multazam (antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah), yang tingginya sekitar 150 sentimeter dari permukaan tanah.Setiap kali bangun, mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".Ketika Nabi Ibrahim berdiri di satu sudut, bekas tapak kaki baginda itu yang kini dikenali sebagai Makam Ibrahim.Sementara Hijir Ismail merupakan suatu kawasan lengkungan yang berbentuk separa bulatan yang terletak di Utara Kaabah.Pada asalnya kawasan ini merupakan tempat berteduh bagi Nabi Ibrahim sepanjang sesi pembinaan Kaabah dan menunaikan ibadah haji di Baitullah.Seterusnya ia menjadi kandang kambing kepunyaan Nabi Ismail. Pada waktu itu juga, kawasan itu tidak menjadi sebahagian daripada binaan Kaabah.Namun begitu, selepas pembinaan Kaabah oleh bangsa Arab Quraisy, ukuran panjangnya telah dikecilkan sebanyak 6 hasta 1 jengkal, sebahagian daripada Hijir Ismail telah dimasukkan sebagai kawasan Kaabah.Justeru, bagi mereka yang tiada kesempatan untuk masuk ke dalam Kaabah, memadailah bagi dirinya berada di Hijir Ismail untuk beribadat. Diingatkan bahawa seseorang itu adalah dilarang melakukan tawaf di Hijir Ismail kerana ia merupakan sebahagian daripada Kaabah.Selepas menyempurnakan binaan itu, Nabi Ibrahim dan keluarganya diperintahkan pula mengerjakan ibadat tawaf mengelilingi Kaabah sebagai sebahagian daripada ibadat haji.Kaabah dengan segala macam keistimewaan telah berdiri kukuh selama hampir 2,000 tahun hingga ke saat ini.