
MAUT...penumpang kereta yang maut apabila kenderaan dinaiki terbalik dalam kemalangan di Kilometer 137.1, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Muar, semalam.
Seorang lelaki maut manakala anak lelakinya cedera ringan apabila kereta dinaiki mereka terbalik selepas terbabas dalam kemalangan di Kilometer 137.1 Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini, pagi semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa, Mamat Juri, 73, meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya, Ramlan berusia 37 tahun yang memandu kereta itu, hanya cedera ringan.Menurut Ramlan, ketika kejadian, dia dan arwah bapanya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur pulang ke rumah mereka di Taman Sri Pulai, Johor Bahru.Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, dia memandu di lorong laju sebelum tiba-tiba sebuah treler di lorong kiri mencelah masuk ke laluannya dipercayai cuba memintas sebuah lagi lori di hadapan.Menurutnya, dia terkejut dan cuba mengelak sebelum terbabas ke dalam parit konkrit dan terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas.