daripada gading gajah dijual di Pasar Seni.




Serbuan serentak berkenaan disasarkan terhadap premis berkenaan selepas risikan dilakukan mendapati terdapat pelbagai barangan cenderamata berasaskan organ dan gading gajah dijual secara berleluasa.Sumber Perhilitan berkata, dalam serbuan pertama yang dilakukan terhadap sebuah premis di tingkat satu, pihaknya menemui pelbagai cenderamata yang dihasilkan daripada gading gajah selain beberapa haiwan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.“Berdasarkan siasatan didapati lebih 10 keris dihasilkan menggunakan gading gajah sama ada sebagai sarung keris atau hulu keris.“Kebanyakan senjata terbabit yang dijual mencecah ribuan ringgit setiap satu didakwa dibeli pemilik kedai dari ‘orang tengah’ sebelum dijual kepada pelanggan berminat,” katanya.Berdasarkan siasatan, pemilik kedai berusia sekitar 40-an berkenaan mendakwa produk berasaskan gading gajah itu mendapat sambutan dan tempahan sektor korporat selain kerabat Istana.
dipasar seni itu kebanyakan owner kedai bermodal duit untuk berniaga,mereka membeli dengan menempah barangan yg mahu diniagakan itu lalu dibeli borong atau dengan harga yg disetujui kedua pihak.
ReplyDeleteyg pelik kenapa pula buat serbuan dan rampas barangan yg mereka jual itu??
memang laa barang mereka itu ada dari gading akan tetapi bagi saya mereka dapatkannya dengan membeli dari orang yg memproduksi barangan itu.
bukan mereka yg masuk hutan lalu cari gajah tembak dan potong gading itu terus bawak ke kedai mereka,cuba bayangkan kerugian mereka setelah barangan sudah dirampas??
sepatutnya pihak berkuasa harus perketatkan kawasaan dan punca gading itu.... bukannya kepasar seni dan sewaktu dengan kerna bagi sy itu adalah kerja senang tanpa perlu awasi hutan iaitu tempat punca gading itu.