







പിള്ളേരുടെ ഓരോ വേലയേ ! കൊല്ലപ്പെട്ട എല്.ടി.ടിഇ നേതാവ് വേലുപ്പിളള പ്രഭാകരന്റേതായി ഇന്ര്നെററിലൂടെ പ്രചരിക്കുന്ന ഫോട്ടോ. പ്രഭാകരന്റേതെന്ന് പറഞ്ഞ് ശ്രീലങ്കന് സൈന്യം കാണിച്ച മൃതദേഹം ടി.വിയിലൂടെ കാണുന്ന 'പ്രഭാകരന്റെ' ചിത്രമാണിത്.
hidup mesti mendapat kerehdaan dari Allah s.w.t baru kita mendapat rahmat dan keberkatan darinya
Assalamu'alaikum...
BEBERAPA anggota polis memeriksa mayat Saripah yang dilanggar kereta selepas diragut di Kampung Padang Raja, Jalan Melor, Ketereh, Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU: “Isteri saya yang hamil tiga bulan begitu seronok bermalam di rumah ibunya di Kampung Kok Bedollah, Tumpat selama seminggu kerana dapat menikmati buah mangga.“Tapi tiada siapa menyangka keseronokan itu hanya sementara dan berakhir dengan tragedi,” kata Mohd Zani Awang, 39, suami kepada Sharifah Mohd Noor, 33, yang maut akibat digilis sebuah kereta sebaik terjatuh dari motosikal selepas beg tangannya diragut, kira-kira jam 10.50 pagi, pagi semalam. Katanya, isteri ada menghubunginya dari rumah terbabit kelmarin untuk bertanya khabar.Mohd Zani yang tidak dapat menahan sebak berkata dia terkilan kerana tidak sempat menyambut kelahiran cahaya mata keenam. Kali terakhir dia menemui isterinya seminggu sebelum arwah pergi ke rumah ibunya, Hasimah Husin, 60-an, untuk melihat dua anak perempuan mereka berusia dua dan lima tahun di sana. Dia begitu seronok kerana dapat menikmati buah mangga. Menurutnya, ketika kejadian arwah dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Jel, Repek, Bachok. “Ketika menghantarnya ke sana dengan motosikal sama, saya sempat bermalam di rumah ibunya. Selepas itu terpaksa balik untuk bekerja menggunakan motosikal adik ipar.“Dia seorang yang mudah mesra dan suka mengambil berat hal anaknya. Saya tidak tahu bagaimana ingin menjalani kehidupan selepas ini, terutama bagi lima anak yang sentiasa merindui ibu mereka,” katanya.Bagi lima anaknya yang berusia dua hingga 13 tahun, kata Mohd Zani, mereka paling merasai kehilangannya. Malah, dia sedih kerana nyawa isterinya melayang angkara peragut yang tidak berhati perut dan kejam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata kejadian berlaku ketika mangsa menunggang motosikal Honda EX5 dalam perjalanan dari Ketereh ke Melor, dekat sini.Menurutnya, ketika melalui Jalan Padang Raja, motosikal ditunggang arwah dihampiri dua lelaki bermotosikal berusia 20-an yang secara tiba-tiba meragut beg tangan yang digantung pada bahunya.“Ketika itu berlaku pergeseran motosikal mangsa dengan suspek sehingga menyebabkan dia hilang kawalan lalu terjatuh di laluan bertentangan.“Pada masa sama, datang sebuah kereta Proton dari arah bertentangan terlanggar mangsa. Mangsa mati serta-merta di tempat kejadian akibat cedera di kepala dan anggota badan,” katanya.Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan jenayah hingga menyebabkan kematian.Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah di talian 09-7752200 atau di balai polis berdekatan.
di pekan Ayer Hitam, baru membeli makanan dan barangan keperluan harian di sebuah pasar malam untuk dibawa pulang ke rumahnya di Jalan Mekar, Taman Mekar, kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.Allahyarham terjatuh dari motosikalnya dengan muka terhentak jalan.Seorang lelaki yang lalu di kawasan berkenaan melihat dua lelaki melarikan diri selepas meragut beg tangan mangsa.Suami mangsa, iaitu bapa tiri Puteri Norashikin, Razali Ahmad, 41, berkata dia berkahwin dengan Jamilah selepas Aidilfitri kira-kira enam bulan lalu selepas isteri pertamanya meninggal dunia akibat kanser.“Saya mempunyai dua anak berusia 17 dan 15 tahun hasil perkahwinan dengan isteri pertama, manakala arwah mempunyai dua anak berusia tujuh dan lima tahun,” kata peniaga makanan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Machap itu.Katanya, kejadian ragut menyebabkan nyawa Jamilah melayang itu adalah yang kedua.Pertengahan tahun lalu, arwah pernah diragut di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam ketika menunggang motosikal.Dia kehilangan beg tangan yang juga diletakkan dalam raga.Menurut Razali, berikutan kejadian itu, seorang rakan mengajar arwah untuk menyimpulkan tali beg tangan pada cermin sisi bagi mengelaknya mudah dilarikan peragut.“Berdasarkan cerita rakan, motosikal ar
wah terseret beberapa meter, mungkin disebabkan sentapan kuat pada beg tangannya yang disimpulkan pada cermin sisi. Ini menyebabkan Jamilah gagal mengawal motosikal sebelum terjatuh,” katanya.Razali berkata, arwah dibawa ke HSA dari Hospital Batu Pahat pada awal pagi Isnin lalu bagi menerima rawatan rapi, tetapi gagal diselamatkan akibat parah di kepala serta muka.Jenazah isterinya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Air Hiitam, petang semalam.Sementara itu, adik ipar mangsa, Fauziah Ahmad, 34, berkata dia mempunyai sebab untuk membenci dan berdendam dengan peragut.“Jika saya mempunyai kuasa undang-undang, sudah pasti saya akan menjatuhkan hukuman paling berat termasuk hukuman mati kepada peragut. Mereka bukan saja pencuri, tetapi juga pembunuh,” katanya.