Thursday, May 21, 2009

kasaragodvartha _ harimau tamil



പിള്ളേരുടെ ഓരോ വേലയേ ! കൊല്ലപ്പെട്ട എല്‍.ടി.ടിഇ നേതാവ് വേലുപ്പിളള പ്രഭാകരന്റേതായി ഇന്‍ര്‍നെററിലൂടെ പ്രചരിക്കുന്ന ഫോട്ടോ. പ്രഭാകരന്റേതെന്ന് പറഞ്ഞ് ശ്രീലങ്കന്‍ സൈന്യം കാണിച്ച മൃതദേഹം ടി.വിയിലൂടെ കാണുന്ന 'പ്രഭാകരന്റെ' ചിത്രമാണിത്.

Sunday, May 17, 2009

Ular Sawa


besar betul Ular sawa ni , kesian dah le kenyang, terjerat pula.

Wednesday, May 13, 2009

macam tak percaya.. tapi betul ni..

besar betul biawak ni.. kalau jumpa kat kaum india , habis jadi lauk, sebulan tak tak payah pergi pasar. silap-silap kenduri makan satu kampung. jinak la.. di orang ternak biawak agaknya. kalau jumpa dengan saya dia tak lari saya yang lari... ooooooooo takuttttt.. dalam email yang saya dapat mengatakan gambar ini di ambil di serawak.. betulah agaknya tuuuuuuuuuuu.

bulitin utama t3.. kelakar




tak tahulah apa yang menarit anda boleh buka tingok kat sini.

lawak + kelakar habis.

bulitin Utama T3.

Tuesday, May 12, 2009

ikan apa ni.. ? pelik betul..



pernah tingok tak ikan macam ni.. makan orang agaknya.. kalau jumpa kat kita , lari lintang pukang.

Saturday, May 9, 2009

Awas !!! Berhati-hati dengan Lelaki ini

Assalamu'alaikum...
Disini saya ingin memberi amaran dan peringatan buat semuanya di seluruh Malaysia mengenai kegiatan seorang penipu yang mana modus operandinya adalah menawarkan handphone murah (kastam kononnya), kereta murah (kereta anda yang akan dilarikan) dan juga perempuan-perempuan semua berhati-hati dengan lelaki ini, jangan sampai kena jual.Awas bila berhadapan dengannya kerana dipercayai mengamal ilmu hitam dengan cincin taring harimau.Telah banyak laporan polis dibuat terhadap lelaki ini, di KL- kes tipu duit handphone. JB - kes tipu duit kereta. Melaka - kes larikan perempuan, Kedah - kes curi kereta. Dan banyak lagi kes.Merupakan bekas banduan. Berasal dari Kedah. Nama SURADI ISKANDAR BIN FISOL @ DK (lihat gambar).
Rujuk laporan polis no.repot PANTAI/000996/09
Sukar dijejak kerana sering berpindah-pindah ke bandar-bandar lain. Jika terlihat atau terjumpa sila lapor kepada polis dengan segera. Kalau boleh, tangkap, tapi pastikan jangan bertindak seorang. Minta bantuan.Sekarang ini dipercayai berada di Kuantan Pahang.

Wednesday, May 6, 2009

lagi kes Peragut keparat !

BEBERAPA anggota polis memeriksa mayat Saripah yang dilanggar kereta selepas diragut di Kampung Padang Raja, Jalan Melor, Ketereh, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU: “Isteri saya yang hamil tiga bulan begitu seronok bermalam di rumah ibunya di Kampung Kok Bedollah, Tumpat selama seminggu kerana dapat menikmati buah mangga.“Tapi tiada siapa menyangka keseronokan itu hanya sementara dan berakhir dengan tragedi,” kata Mohd Zani Awang, 39, suami kepada Sharifah Mohd Noor, 33, yang maut akibat digilis sebuah kereta sebaik terjatuh dari motosikal selepas beg tangannya diragut, kira-kira jam 10.50 pagi, pagi semalam. Katanya, isteri ada menghubunginya dari rumah terbabit kelmarin untuk bertanya khabar.Mohd Zani yang tidak dapat menahan sebak berkata dia terkilan kerana tidak sempat menyambut kelahiran cahaya mata keenam. Kali terakhir dia menemui isterinya seminggu sebelum arwah pergi ke rumah ibunya, Hasimah Husin, 60-an, untuk melihat dua anak perempuan mereka berusia dua dan lima tahun di sana. Dia begitu seronok kerana dapat menikmati buah mangga. Menurutnya, ketika kejadian arwah dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Jel, Repek, Bachok. “Ketika menghantarnya ke sana dengan motosikal sama, saya sempat bermalam di rumah ibunya. Selepas itu terpaksa balik untuk bekerja menggunakan motosikal adik ipar.“Dia seorang yang mudah mesra dan suka mengambil berat hal anaknya. Saya tidak tahu bagaimana ingin menjalani kehidupan selepas ini, terutama bagi lima anak yang sentiasa merindui ibu mereka,” katanya.Bagi lima anaknya yang berusia dua hingga 13 tahun, kata Mohd Zani, mereka paling merasai kehilangannya. Malah, dia sedih kerana nyawa isterinya melayang angkara peragut yang tidak berhati perut dan kejam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata kejadian berlaku ketika mangsa menunggang motosikal Honda EX5 dalam perjalanan dari Ketereh ke Melor, dekat sini.Menurutnya, ketika melalui Jalan Padang Raja, motosikal ditunggang arwah dihampiri dua lelaki bermotosikal berusia 20-an yang secara tiba-tiba meragut beg tangan yang digantung pada bahunya.“Ketika itu berlaku pergeseran motosikal mangsa dengan suspek sehingga menyebabkan dia hilang kawalan lalu terjatuh di laluan bertentangan.“Pada masa sama, datang sebuah kereta Proton dari arah bertentangan terlanggar mangsa. Mangsa mati serta-merta di tempat kejadian akibat cedera di kepala dan anggota badan,” katanya.Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan jenayah hingga menyebabkan kematian.Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah di talian 09-7752200 atau di balai polis berdekatan.
http://www.hmetro.com.my/Thursday/BeritaUtama/20090507053450/Article

mat Rempit lagi kejam.. sangup korbankan orng lain


JOHOR BAHRU: Bagai babak drama sedih, seorang anak mangsa ragut berusia tujuh tahun terpaksa dipeluk ibu saudara bagi menenangkan keadaan selepas beberapa kali bertanyakan ke mana ibunya pergi.Puteri Norashikin Salleh tidak berhenti menangis apabila mengetahui ibu tercinta, Jamilah Selamat, 31, meninggal dunia kira-kira 7.30 pagi semalam selepas 36 jam koma di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.Dia gagal ditenangkan ahli keluarga dan saudara-mara yang berkumpul di luar bilik mayat HSA, tengah hari semalam.Bagaimanapun, kanak-kanak itu dapat ditenangkan apabila ibu saudaranya memeluk dan menyuruhnya menghadiahkan al-Fatihah buat bekalan ibu di alam barzakh. Kenyataan hidup yang dihadapi Puteri Norashikin bersama adiknya, Mohd Khairi Ridwan, 5, begitu pahit kerana dia bukan saja kehilangan ibu tersayang, malah tidak sempat menimang adik selepas arwah disahkan mengandung lebih dua bulan. Jamilah menemui ajal selepas bertarung nyawa lebih 36 jam dalam keadaan koma apabila terjatuh dari motosikal sebaik beg tangan dalam raga disentap peragut dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, Ahad lalu, di Taman Air Hitam, Batu Pahat.Difahamkan, ketika kejadian, Jamilah yang bekerja sebagai jurujual kedai kraftangan di pekan Ayer Hitam, baru membeli makanan dan barangan keperluan harian di sebuah pasar malam untuk dibawa pulang ke rumahnya di Jalan Mekar, Taman Mekar, kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.Allahyarham terjatuh dari motosikalnya dengan muka terhentak jalan.Seorang lelaki yang lalu di kawasan berkenaan melihat dua lelaki melarikan diri selepas meragut beg tangan mangsa.Suami mangsa, iaitu bapa tiri Puteri Norashikin, Razali Ahmad, 41, berkata dia berkahwin dengan Jamilah selepas Aidilfitri kira-kira enam bulan lalu selepas isteri pertamanya meninggal dunia akibat kanser.“Saya mempunyai dua anak berusia 17 dan 15 tahun hasil perkahwinan dengan isteri pertama, manakala arwah mempunyai dua anak berusia tujuh dan lima tahun,” kata peniaga makanan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Machap itu.Katanya, kejadian ragut menyebabkan nyawa Jamilah melayang itu adalah yang kedua.Pertengahan tahun lalu, arwah pernah diragut di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam ketika menunggang motosikal.Dia kehilangan beg tangan yang juga diletakkan dalam raga.Menurut Razali, berikutan kejadian itu, seorang rakan mengajar arwah untuk menyimpulkan tali beg tangan pada cermin sisi bagi mengelaknya mudah dilarikan peragut.“Berdasarkan cerita rakan, motosikal arwah terseret beberapa meter, mungkin disebabkan sentapan kuat pada beg tangannya yang disimpulkan pada cermin sisi. Ini menyebabkan Jamilah gagal mengawal motosikal sebelum terjatuh,” katanya.Razali berkata, arwah dibawa ke HSA dari Hospital Batu Pahat pada awal pagi Isnin lalu bagi menerima rawatan rapi, tetapi gagal diselamatkan akibat parah di kepala serta muka.Jenazah isterinya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Air Hiitam, petang semalam.Sementara itu, adik ipar mangsa, Fauziah Ahmad, 34, berkata dia mempunyai sebab untuk membenci dan berdendam dengan peragut.“Jika saya mempunyai kuasa undang-undang, sudah pasti saya akan menjatuhkan hukuman paling berat termasuk hukuman mati kepada peragut. Mereka bukan saja pencuri, tetapi juga pembunuh,” katanya.