Monday, January 26, 2009

Nasib harimau Malaya

Statistik menunjukkan 80 peratus daripada sejumlah 3,000 ekor harimau Malaya di Malaysia akan pupus dalam tempoh 50 tahun lagi. Apakah Rancangan Tindakan Harimau Kebangsaan dapat menyekat kepupusan itu dengan tambahan 1,000 ekor harimau menjelang tahun 2020?





SEPARUH abad yang lalu, bilangan harimau Malaya khabarnya semakin berkurangan di Malaysia. Bilangan yang dicatatkan ketika itu adalah 3,000 ekor tetapi kini yang tinggal hanya 500 ekor. Anggaran yang dikeluarkan pada tahun 1990-an itu membangkitkan pelbagai persoalan.
"Kemungkinan hanya 200 ekor yang masih selamat daripada peluru pemburu, kegiatan pembangunan dan sektor pertanian serta pertembungan dengan manusia. Ia sering berakhir dengan pembunuhan tanpa catatan rekod rasmi," kata Pengarah Zoo Negara, Dr. Mohamad Ngah.
Aktiviti perhutanan dan menggondolkan kawasan tanah tinggi secara haram memaksa haiwan yang hidup bersendirian itu keluar dari habitat mereka. Kesempitan ruang hidup dan ketiadaan bekalan makanan seperti babi hutan, rusa sambar dan kijang turut memaksa sebilangan kecil harimau mencari makanan di kawasan perumahan dan jalan raya tanpa menyedari risiko yang menanti.
Selama empat tahun sejak tahun 1999, negeri Terengganu melaporkan sebanyak 309 kawanan lembu telah mati diserang harimau.


Antara tahun 1979 hingga 2006 pula, sebanyak 31 orang dipercayai dicederakan oleh haiwan yang sama dan 15 daripada mangsa itu meninggal dunia.
Melihat trend peningkatan kes harimau menyerang penduduk setempat sejak tahun 1991, agensi dan pegawai kerajaan telah mengambil langkah drastik bagi membendung penularan isu itu dengan menembak mati 13 ekor harimau Malaya dan 22 lagi dihantar ke Zoo Melaka serta Zoo Taiping.
Ternyata, apa yang terlepas pandang setiap kali kes sebegini dilaporkan dalam media massa ialah punca atau faktor yang mencetuskan keadaan itu berulang.
ZOO Negara pernah berjaya menghasilkan anak harimau beberapa tahun lalu.
"Perbuatan memasang perangkap dan memindahkan haiwan tersebut ke kandang bukanlah satu tindakan bijak kerana dalam jangka masa panjang, ia sama sekali tidak menangani konflik sebenar.
"Salah satu unsur penggalak kepada kewujudan masalah itu adalah ketidakseimbangan atau pengurusan tanah yang tidak betul serta pemburuan harimau untuk dijual di restoran yang semakin berleluasa," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF-Malaysia), Datuk Dr. Dionysius Sharma.
Pegawai Kanan Konservasi, Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Kanitha Krishnasamy pula memberi satu perspektif ringkas bagi menggambarkan kesan fragmentasi alam atau hutan secara tepat.
Menurutnya, pada kurun ke-19, hutan hujan tropika meliputi hampir 90 peratus di seluruh Semenanjung Malaysia. Menjelang tahun 1957, kawasan yang diliputi hutan berkurangan kepada 74 peratus dan kebanyakan kawasan tanah rendah telah ditukar statusnya bagi menggiatkan sektor pertanian. Semakin lama semakin kurang kawasan liputan hutan, misalnya pada tahun 1970-an, hanya tinggal 61 peratus manakala hanya terdapat 47 peratus hutan pada tahun 1980-an.
"Dalam setahun, kita kehilangan kira-kira 7,000 kilometer persegi kawasan hutan asli," jelas Kanitha yang menambah selain harimau, habitat dan kitaran makanannya juga perlu dilindungi.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0127&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Sunday, January 18, 2009

serik benar anak sertai PLKN


AHMAD Al-Hashyiemi koma selepas terjatuh dalam longkang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.
Md Hussin berkata, anaknya itu tidak mengalami sebarang perubahan sejak dimasukkan ke ICU hospital berkenaan kelmarin. Katanya, doktor memberitahu keadaannya tenat dan bergantung kepada alat bantuan penafasan sepenuhnya kerana sukar bernafas. Katanya, beliau tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap PLKN sebaliknya ingin menumpukan kepada anak keduanya itu yang kritikal. MD HUSSIN menunjukkan laporan kejadian yang dikeluarkan pihak Kem PLKN Tegas Mesra, Selama,

MD HUSSIN menunjukkan laporan kejadian yang dikeluarkan pihak Kem PLKN Tegas Mesra, Selama, Perak ketika ditemui di HRPZ II, Kota Bharu, semalam.
Beliau berkata demikian ketika menziarah anaknya, Ahmad Al-Hashyiemi, 17, yang kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selepas terjatuh ke dalam longkang di Kem PLKN Tegas Mesra, Selama Perak, 1 Januari lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Ahmad Al-Hashyiemi dilaporkan hampir lemas selepas terjatuh ke dalam longkang yang digenangi air di kem terbabit ketika mengangkut barang dalam operasi pemindahan akibat banjir. Bagaimanapun, dia sempat diselamatkan oleh seorang jurulatih kem yang kebetulan berada di tempat kejadian tetapi pengurusan tidak memaklumkan kepada keluarganya.http://www.bharian.com.my

Monday, January 12, 2009

Gerhana matahari separa 26 Januari

Gerhana matahari separa 26 Januari

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa kira-kira pukul 4.30 petang pada 26 Januari ini.
Menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa), gerhana matahari Anulus akan berlaku pada tarikh itu selama tiga jam 46 minit bermula dari Lautan Hindi hingga ke sebelah Barat Indonesia.
Dalam satu kenyataan semalam, Angkasa berkata, fenomena itu berlaku apabila bulan merentas di hadapan matahari, tetapi tidak menutup matahari sepenuhnya kerana saiz ketara bulan adalah lebih kecil daripada matahari.
Angkasa menjemput orang ramai untuk menyaksikan fenomena itu dengan menyertai program Pencerapan Gerhana Matahari Separa yang dianjurkannya secara percuma mulai pukul 4.30 petang hingga 7 petang pada 26 Januari ini di Planetarium Negara Kuala Lumpur.
Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke Planetarium Negara, mereka boleh menyaksikan siaran langsung gerhana matahari separa mulai pukul 4.30 petang hingga 6.30 petang pada 26 Januari melalui laman web
http://www.angkasa.gov.my/.

Friday, January 9, 2009

Mat Rempit Menganas



Mat Rempit rempuh ketua polis trafik
Oleh Hadzlan Hassanhadzlan@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: Keganasan kumpulan Mat Rempit di daerah ini dianggap sudah keterlaluan apabila mereka bukan saja tidak mempedulikan nyawa orang ramai ketika berlumba, malah sanggup merempuh dua anggota polis termasuk orang nombor dua Polis Trafik negeri, awal pagi semalam.Kejadian berlaku di dua lokasi berbeza di Wakaf Mempelam dan Jalan Sultan Mahmud di sini hingga menyebabkan Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Ismail Man, 36, patah tangan kanan dan cedera di pinggang, manakala Koperal Mohd Al Fauzi Abdullah, 27, dari Cawangan Trafik Jalan Bandar, Kuala Lumpur, patah kaki kiri.Ismail ketika ditemui berkata, dia yang menunggang motosikal cuba menghampiri sekumpulan Mat Rempit yang menunjukkan aksi berbahaya di Wakaf Mempelam sebelum secara tiba-tiba dihimpit sebuah motosikal menyebabkan dia dan seorang Mat Rempit terbabas dalam longkang.“Saya cuba menahan mereka, namun selepas dihimpit saya terjatuh, tetapi dia (Mat Rempit) sempat bangun dan melarikan diri sebelum saya dibantu rakan sepasukan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya.

Tuesday, January 6, 2009

yahudi semakin kejam GAZA.

ANGGOTA penyelamat memeriksa keadaan mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui tertimbus dalam runtuhan rumahnya selepas serangan tentera Yahudi ke atas rumah ahli Hamas di Zeitun, semalam.

Sembilan anggota tentera Yahudi maut, tetapi kerajaan enggan mengesahkanBANDAR RAYA GAZA: Kira-kira sembilan askar Israel dilaporkan maut atau cedera parah dalam pertempuran di Gaza, namun Kerajaan Israel enggan mengesahkan laporan berkenaan dan mendakwa hanya lapan askar cedera dalam kejadian itu. Bagaimanapun, tentera Israel mendakwa kononnya setakat ini hanya lima askarnya terbunuh dalam pertempuran sejak Sabtu lalu, termasuk seorang pegawai payung terjunnya, semalam.
"Seorang pegawai Israel terbunuh dalam pertempuran di utara Gaza, malam Isnin lalu," kata jurucakap tentera yang dipetik AFP di Baitulmaqdis, sambil mendakwa kematian itu mungkin berpunca daripada tembakan anggotanya sendiri tanpa sengaja. "Kematiannya menjadikan lima askar Israel terbunuh sejak tentera berkenaan melancarkan serangan ke atas Hamas sejak 27 Disember lalu. Tiga daripadanya mati akibat terkena 'tembakan rakan sendiri' dalam pertempuran di Gaza. Hamas, yang melancarkan berpuluh-puluh tembakan roket kepada Israel, berikrar akan menanti askar Israel 'di setiap penjuru jalan dan lorong' di bandar ini.
Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin, menyatakan jumlah kematian setakat ini sudah meningkat kepada 534 orang dan sekurang-kurangnya 2,470 orang tercedera. PBB juga mengakui bahawa 'keadaan yang membahayakan kakitangan perubatan serta keadaan sukar untuk mengeluarkan mangsa yang tercedera daripada kesan runtuhan' itu, menyebabkan pengiraan mangsa menjadi bertambah sulit.
Reuters memetik pegawai perubatan tempatan sebagai berkata, semua 13 anggota sebuah keluarga terkorban dalam letupan yang berlaku di sebuah rumah di timur Gaza. Menjelang jam 3 petang, 25 rakyat Palestin terkorban sejak awal pagi saja, sekurang-kurangnya 10 daripada mereka adalah kanak-kanak.

Kia Ssportage 2.0 A untuk di jual


Price: RM 15 000

Reg. year: 1997

Mileage: 20 000 - 24 999
Original colourLeather SeatAccident FreeNice Reg Number W..898GOOD MAINTENANCE - ADA RECORDJust do Top Overhaul on Nov 2008Auto Gear Oil Changes For Every 6 mthsAdd Info:1)tAYAR bARU - 25/2007(kod pada tayar)2)bATERI BARU TUKAR 12/12/093)Air cOMPRESSOR BARU - Tukar pd Okt 20084)Fuel Injection baru services (buat pd Nov 20085)Fuel pam baru - buat pada 07/20076)Water Pump baru tukar - tukar pada 3/jan 20097)Timing belt baru - tukar pd Julai 20078)Air Flow Sensor Baru Tukar - Tukar Pd Julai 20079)2 Injection Coil baru tukar- Julai 200710)Asorber depan (2 no) baru tukar pd 200811) > Boleh datang nengok. Harga Boleh nego lagi ada utang bank. rm8,900 lagi.


Call hamzah saya dahli:
01978449353

Derita angakara peragut

Derita angkara peragut

KUALA TERENGGANU: Seorang pembantu tadika Kemas dalam perjalanan menghantar laporan berhubung pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu patah kedua-dua belah kaki dan tangan kanannya selepas terbabit dalam satu kejadian ragut di Jalan Pusara, petang kelmarin.Kejadian malang itu berlaku apabila motosikal ditunggangnya dihimpit motosikal jenis Yamaha RXZ milik seorang lelaki tidak dikenali secara tiba-tiba meragut beg berisi wang tunai RM500 yang diletakkan dalam raga motosikalnya, kira-kira jam 4.30 petang.Nasib malang yang menimpa Suhaida Ab Rahman, 35, dari Kampung Tanjung itu mendapat perhatian Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dan isterinya Toh Puan Norliza Mahmud yang melawat serta menghulurkan sumbangan peribadi kepadanya di Wad 3, Hospital Sultanah Nur Zahirah, semalam. Mangsa ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah, berkata dia masih trauma dengan kejadian berkenaan kerana lelaki terbabit menunggang motosikal dalam keadaan laju dan secara tiba-tiba menyambar beg tangan yang disorokkan di bawah baju hujan dalam raga motosikal. ( di petik dari harian mitro 06/01/09 selasa ) Apa kesudahan dengan peragut ? mereka amat kejam, sangup lakukan apa saja asal mereka dapat.. kita semua harus berwaspada dan berhati-hati.

Monday, January 5, 2009

Faddhilat Ayat Al-Kursi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya iatelah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dankemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kaliselepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, Insya Allah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t. Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanyasebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akalfikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullahs. a. w. bersabda bermaksud: And here is the rest of it."Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya." Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar." Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jinterbakar. Jika andaberpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia keatas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. ,Rasullullah s. a. w. bersabda,

selamat datang ke blogspot mjc-sejahtera

Salam sejahtera buat semua yang datang ke blog ini.. semoga kita renung-renungkan hari esok untuk kita teruskan hidup ini... hidup ini perlu diteruskan.. semoga hidup kita mendapat keberkatan dari yang maha Esa penuh dengan keredhaan nya... sejahtera buat semua.