Thursday, April 30, 2009

kenapa kejam sangat !!!

GEORGE TOWN - Biarpun mengetahui tindakan suami membunuh anak sendiri tiga tahun lalu tetapi dua suri rumah hanya mendiamkan diri.Kedua-dua wanita yang berusia 31 dan 37 tahun itu telah ditahan pukul 1 pagi semalam di hadapan sebuah restoran di Jalan Air Itam di sini atas tuduhan terlibat membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.
Kanak-kanak perempuan yang juga merupakan orang kurang upaya itu merupakan anak kepada wanita yang berusia 37 tahun itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner II Wan Abdullah Tunku Said berkata, kedua-dua suri rumah yang bermadu itu ditahan reman sehingga 6 Mei ini bagi membantu siasatan. "Kita percaya mereka tahu tindakan yang dilakukan oleh suami mereka terhadap kanak-kanak itu namun kedua-duanya mendiamkan diri dan tidak membuat laporan kepada polis. "Mayat kanak-kanak malang itu dipercayai diikat tangan dan kakinya sebelum ditanam," kata beliau di sini semalam. Menurut beliau, daripada siasatan abang kandung mangsa yang kini berusia 16 tahun turut menyaksikan suspek yang berusia 40 tahun itu menanam adiknya. Wan Abdullah mengulas demikian mengenai penemuan rangka seorang kanak-kanak yang ditanam sedalam satu meter di bawah sebatang pokok di kawasan padang di Kampung Pisang di Air Hitam petang kelmarin.

Monday, April 27, 2009

macam ni pun ada..


apa yang kamu nampak, ada pebezaan antara gambar ini.. email yang saya terima ..

Friday, April 24, 2009

lain dari yang lain


pernak anda jumpa macam ni... pelikan ?

Wednesday, April 22, 2009

Wednesday, April 15, 2009

Kanak-kanak hilang, Nurhidayah_ 6 Apri 2009

Seorang kanak-kanak perempuan hilang,
Assalamualaikum
Mohon bantuan kepada sesiapa yang ada terjumpa :
Nurhidayah Binti Surip (umur 11 tahun)
yang telah hilang dari Asrama Anak Yatim Darul Kifayah, Tmn Koop Polis, Gombak
sejak hari Isnin 6 April 2009 .
Jika ada maklumat sila hubungi :Abdul Razak Bin SalimHEP Politeknik Johor Bahru 0177011038 / 0169326003 atau Sjn.Dalila IPK Kuala Lumpur.
Juga saya mohon bantuan sebarkan maklumat kepada rakan-rakan terutamanya di sekitar KL.
maklumat dapat dari : >

http://www.blalang.com/pictures/?p=716

Friday, April 10, 2009

NOKIA N82 Sedang mencari hubunggi saya

Saya sedang mencari H/P Nokia N82 dengan harga murah dari pasaran. pada sesiapa yang tahu atau ingin menjual sila hubunggi saya Hamdan 0173099881. terima kasih pada semua . tolong-tolong cari untuk saya. warna tak kisah hitam pun boleh. kalau ada gambar email kan ke zulshaari@yahoo.com. ( Hamdan adalah ahli majlis jemaah cochrane )



Thursday, April 9, 2009

Kekejaman manusia di selatan Thailand

sungguh kejam manusia, gambar ini saya dapat dari Email seorang kawan yang hantar kepada saya.. kita kongsi bersama.. tak sangup saya melihat apa yang berlaku.. semoga kejadian sepeti ini tidak terjadi di tempat kita.. ( Ya Tuhan ku Ampunkan segala dosa kami jauhkan kami dari Azab mu ) ....

Wednesday, April 8, 2009

Apa dah jadi dengan Peminat bola di Kelantan !

HALIM (kanan) ditenteramkan oleh rakan sepasukannya selepas tamat aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu kelmarin.TINDAKAN agresif penjaga gol Kelantan, Mohd. Halim Napi menyerang pemain Negeri Sembilan, Mohd. Aidil Zakuan Radzak sejurus selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala FA berakhir didakwa menjadi punca berlaku kekecohan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu berakhir, malam kelmarin, lapor ZAID MOHD. NOOR.


KOTA BHARU 8 April - Sangat memalukan! Itu reaksi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung perilaku penyokong Kelantan yang merusuh selepas perlawanan bola sepak Piala FA di Stadium Sultan Muhammed IV di sini malam tadi. Katanya, insiden terburuk dan mencemarkan bola sepak negara itu tidak sepatutnya berlaku di negeri ini.Beliau berkata, Kelantan terkenal dengan gelaran-gelaran yang 'baik-baik' termasuk 'bumi tadahan wahyu' - namun kejadian semalam memberikan gambaran sebaliknya. ''Saya sangat dukacita dengan apa yang berlaku dan mudah-mudahan ia tidak lagi berulang dan biarlah ini yang terakhir," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Kota Darulnaim di sini hari ini. Dalam kejadian malam tadi, penyokong Kelantan menunjukkan emosi yang tidak terkawal, bertindak agresif lalu merusuh dengan membakar sebuah kenderaan polis serta merosakkan beberapa buah kenderaan lain di pekarangan stadium sejurus perlawanan berakhir.
Polis akhirnya bertindak melepaskan gas pemedih mata untuk menyurai kumpulan yang perusuh berhampiran pintu masuk stadium itu. Dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA itu, Negeri Sembilan menewaskan Kelantan 1-0 - kekalahan kedua tuan rumah dalam tempoh seminggu kepada pasukan yang sama, terdahulu dalam saingan Liga Super. Kata beliau, sukan selalunya dikait dengan semangat kesukanan yang tinggi, namun penyokong Kelantan seolah-olah tidak langsung menunjukkan semangat sebegitu. Nik Abdul Aziz berkata, amat malang apabila pihak polis yang ditugaskan menjaga keamanan dalam suasana perlawanan menjadi sasaran para perusuh. ''Saya sangat dukacita. Ini memalukan kita, polis mengawal keselamatan permainan bola sepak, jadi polis perlu bertindak tegas,'' ujarnya.

berita selanjutnya di Kosmo >
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0409&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0409&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm

Duit Tabung Haji Pun Dia Orang Sapu.

KUALA LUMPUR - Dua pengarah Metrowangsa Asset Management Sdn. Bhd., Ghazali Atan dan Mohamed Abdul Wahab yang didapati bersalah bersubahat mengeluarkan RM50 juta daripada akaun amanah Tabung Haji didenda RM200,000 setiap seorang atau penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Rosenani Abdul Rahman membenarkan kedua-dua tertuduh membayar denda secara ansuran iaitu sebanyak RM100,000 semalam dan RM50,000 lagi pada 7 Mei dan 7 Jun.
Ghazali, 57, dan Mohamed, 58, dituduh bersubahat mengeluarkan wang itu di Malayan Banking Berhad, Menara Maybank bagi membuat pembayaran kepada Mimos, yang bukan pihak yang berhak terhadap wang tersebut.
Mereka melakukan perbuatan itu di Ampang antara 18 April dan 24 Mei 2001.
Md. Yunos Shariff, peguam yang mewakili Ghazali, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda minimum kerana tertuduh tidak lagi bekerja sejak lesen syarikat Metrowangsa Asset Management ditarik balik oleh Suruhanjaya Sekuriti.
Md. Yunos berkata, Ghazali juga tidak memperoleh sebarang faedah daripada wang yang dikeluarkan itu.

dapat berita dari Kosmo >
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0408&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

Lelaki maut kereta bertembung lori balak

PASIR PUTEH: “Sambil melaungkan Allahuakbar, saya terus memulas stereng serta membrek lori sekuat hati sebaik melihat sebuah kereta tiba-tiba memasuki laluan saya,” kata Ghazali Yazid, 49, selepas lori balak dipandunya bertembung sebuah kereta di Kilometer 51, Jalan Pasir Puteh-Jertih, Bukit Yong, dekat sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, pemandu kereta terbabit, Amir Hussain Saari, 27, dari Kampung Pulau Kemiri, Sungai Siput, Perak, terbunuh di tempat kejadian selepas tersepit dalam kenderaannya. Mangsa pelatih Pusat Latihan Petronas Batu Rakit, Terengganu, dalam perjalanan pulang bercuti ke kampung halamannya bersama dua kenderaan lain sebelum kereta dipandunya bertembung sebuah lori balak yang sarat muatan. Ghazali berkata, sebelum kejadian, dia dalam perjalanan membawa balak yang diambil dari Grik, Perak, untuk dihantar ke sebuah kilang papan di Jertih, Terengganu.
ikuti di Hmitro >

Sunday, April 5, 2009

kemalangan pelik di luar negara


belum pernah terjadi sebegini di negara kita.. pelik tapi benar.

Wednesday, April 1, 2009

Anak kanda zahir selamat dari di culik



DARI KERATAN MITRO >
SUBANG: Tragedi kes culik dan pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin, 8, pada 20 Ogos 2008, hampir berulang apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun diculik sekumpulan lelaki menaiki van putih persis kenderaan yang didakwa melarikan Nurin.Dalam kejadian jam 1 tengah hari kelmarin, Nurul Nazeha Mohd Zahir yang dalam perjalanan ke sekolah ditarik seorang seorang daripada tiga lelaki memasuki van sebelum dilarikan ke lokasi tidak dikenal pasti.Mangsa yang diugut akan dibunuh bagaimanapun bernasib baik apabila penjenayah terbabit tiba-tiba ‘hilang minat’ sebelum mencampakkannya ke dalam longkang sedalam lebih satu meter kira-kira jam 11 malam berhampiran Plaza Tol Subang di sini. Biarpun terselamat, Nurul yang diculik hampir 10 jam bengkak di kepala selain trauma akibat tindakan kejam penjenayah yang dipercayai cuba menculiknya dengan niat tertentu. Apabila ditemui di rumahnya di Kampung Melayu Subang di sini, pagi semalam, Nurul dapat mengingati setiap kejadian yang menimpanya ketika ditanya wartawan Harian Metro.Mangsa yang mesra dengan panggilan ‘kakak’ memberitahu, dia berbasikal bersendirian ke sekolah menggunakan jalan pintas berhampiran rumahnya sebelum dihampiri van putih dari belakang.Murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Subang di sini, itu mendakwa seorang lelaki tiba-tiba keluar dari van lalu menariknya masuk ke dalam van.“Basikal yang saya tunggang dicampakkan ke tepi jalan, manakala mulut saya ditutup dengan tangan kasar lelaki terbabit,” katanya.Nurul menjelaskan, dia tidak dapat mengecam muka individu terbabit berikutan ketiga-tiga mereka memakai topeng hitam dan sering memberikan amaran supaya mendiamkan diri.“Lelaki terbabit kerap berkata: ‘kau diam, kalau tidak aku hentak kepala kau, aku bunuh kau’ menyebabkan saya ketakutan dan tidak berani bersuara atau memandang wajah mereka.“Saya hanya dibawa sekitar Subang dari tengah hari hingga lewat malam. Ketika itu, saya amat letih kerana langsung tidak diberi makan atau minum,” katanya.Nurul yang berwajah mirip Nurin Jazlin, berkata penjenayah turut mengetuk kepalanya dengan tangan apabila dia cuba membuka mulut.“Saya amat takut dan hanya teringatkan ayah dan ibu. Saya tidak tahu kenapa mereka melarikan saya.“Selepas hari semakin malam, van berkenaan tiba-tiba berhenti di tepi jalan sebelum seorang daripada lelaki itu mengangkat saya keluar dan mencampakkan saya ke dalam longkang,” katanya.Menurutnya, keadaan longkang yang agak dalam menyebabkan dia tersembam sebelum tidak sedarkan diri. “Saya hanya sedar selepas didukung ke pejabat Plaza Tol Subang oleh dua orang awam sebelum dihantar ke Balai Polis Subang,” katanya sambil didakap ibunya, Norzalina Abu, 35. Dia ditemui dua orang awam menjelang tengah malam sebelum dibawa Balai Polis Subang. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, yang dihubungi mengesahkan menerima laporan kehilangan kanak-kanak itu, namun enggan mengulas lanjut.Menurutnya, polis sedang menyiasat kes berkenaan dari pelbagai sudut dan tidak mahu sebarang spekulasi ditimbulkan.
http://www.hmetro.com.my/Thursday/BeritaUtama/20090402090055/Article