Tuesday, March 31, 2009

Mayat wanita dalam but kereta

ANGGOTA polis memeriksa mayat wanita yang ditemui di dalam but sebuah kereta di Seri Kembangan semalam.
SUBANG JAYA - Mayat wanita dipercayai mangsa bunuh ditemui di dalam but sebuah kereta yang ditinggalkan berdekatan tempat pembuangan sampah dan loji kumbahan di sebuah pangsapuri di Seri Kembangan berhampiran Plaza South City semalam. Difahamkan, mayat tersebut disembunyikan dalam but kereta yang ditinggalkan di situ bertujuan melambat-lambatkan polis menemuinya. Mayat itu ditemui oleh pengawal keselamatan yang memeriksa but kereta tersebut yang terbiar di situ sejak beberapa hari lalu. Riduan Dollah, 27, berkata, dia dan rakannya menemui mayat tersebut pada pukul 10.30 pagi selepas memeriksa kereta itu ekoran menerima aduan terhidu bau busuk dari arah kereta yang tidak diketahui pemiliknya. Menurut beliau, kereta Proton Saga berwarna putih itu dipercayai telah diletakkan di situ selama seminggu tanpa dialihkan oleh pemiliknya. "Sebaik mendekati kereta berkenaan, saya dapati butnya diikat dengan kain selain ditampal dengan pita pelekat. "Sebaik kami memotong tali dan membuka pita pelekat itu, kami ternampak satu bungkusan yang mengeluarkan bau busuk yang dibalut dengan kain dan apabila dikuis dengan kayu, kami ternampak kaki manusia,'' ceritanya yang masih terkejut dengan penemuan mayat itu. Katanya, dia kemudiannya terus menghubungi polis bagi memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.

Thursday, March 19, 2009

Pengantin baru maut tersepit

REMUK...kereta dipandu Norfazwani (gambar kecil) remuk selepas terbabit kemalangan dengan sebuah lori, semalam 18 mac 2009.

REMBAU: Seorang pengantin baru maut apabila kenderaan dipandunya dirempuh sebuah lori di Kilometer 8.5, Jalan Pedas-Linggi berdekatan Kampung Kundur, dekat sini, pagi semalam.Norfazwani Nordin, 29, yang juga pensyarah Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Rembau mati di tempat kejadian kerana parah di kepala dan badan dalam kejadian jam 8 pagi itu.Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan, Mizan Md Dom, berkata mangsa dari Taman Penggiran Pedas, dekat sini dan baru dua bulan mendirikan rumah tangga dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerjanya.Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi ketika mangsa yang memandu Perodua Kelisa dirempuh dari arah bertentangan oleh sebuah lori satu tan sebaik dia melepasi selekoh menyebabkan mangsa yang tersepit cedera parah.

Tuesday, March 17, 2009

kebenaran yang wujud

batu yang menyerupai manusia, sujud.
ubi yang berbentuk kaki bersaiz kaki budak

ubi ini di jumpai di belakang rumah mak cik ini , muar johor.

ubi kayu yang nyerupai angotan badan manusia
semua ini kekuasaan Allah untuk memperlihatkan kepada kita di atas kekuasan nya
supaya kita sedar akan kita manusia yang lemah.

ngeri - angota badan hancur











Saturday, March 14, 2009

kejadian di Thailand.. ular sawa.


bunyi hon tanda hormat

Pada satu petang, si ibu membawa anaknye berusia 4 thn bersiar2. Menaiki kete. Dlm perjalanan si ibu membunyikan hon.

Anak : Naper ibu bunyikan hon & saper org tu?
Ibu : Tu sedara kiter, kenalah hormat.
Dlm perjalanan mereka seterusnya mereka terserempak dgn seekor lembu yg nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.
Anak : Itupun sedara kiter jugak ke bu?

heee..
lawak sikit.

Wednesday, March 11, 2009

dua Pemimpin besar di ketemukan


11 march 2009, rabu. Peristiwa bersejarah ini berlaku di Madrasah Nurui Iman, Hulu Langat, Selangor. Abdullah dan Anwar sama-sama hadir pada majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub, dan menjadi tetamu kehormat mundir madrasah berkenaan.
Selepas solat Zohor, Abdullah diminta memberi ucapan ringkas begitu juga Anwar bagaimana pun Anwar tidak berucap. Dalam ucapannya Abdullah menjelaskan sesutau yang baik itu kalau didoakan ia akan menjadi kenyataan. Selepas selesai solat Zohor dan ucapan ringkas kelihatan Abdullah dan Anwar bersalaman dan masing-masing melemparkan senyum.Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin dan jemaah. Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenana kerana ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang sungguh menyenangkan orang ramai.Orang ramai begitu bangga dan puas dengan pertemuan kedua mereka yang dlihat sebagai bermusuhan selama ini.

Monday, March 9, 2009

Kemalangan di kedah mengelak pokok kelapa tumbang


kemalangan berlaku pukul 2.40 pagi di batu 8 jalan alor setar ke sungai petani, Ayahanda dan adik beradik dalam perjalanan dari Alor setar nak balik kerumah di Kota sarang semua, dalam perjalanan kami ada pokok kelapa yang tumbang menghalang jalan dengan keadaan jalan yang kelam tidak dapat melihat dihadapan , kenderaan di pandu oleh abang din terkejut dan tidak dapat di kawal lalu mengelak dan terbabas kedalam sungai, syukur kepada Allah semua keadaan selamat tidak ada kecerderaan.

Thursday, March 5, 2009

Perhilitan serbu Pasar Seni rampas gading gajah

RAMPAS...sebahagian keris dan cenderamata yang diperbuat
daripada gading gajah dijual di Pasar Seni.
KUALA LUMPUR: 6 march 09.Pasar Seni, di sini yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara didapati menjual pelbagai cenderamata diperbuat daripada gigi dan gading gajah selain haiwan lain yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972. Penjualan trofi gajah dan haiwan dilindungi itu dibongkar pegawai Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang menjalankan pemeriksaan di pasar itu, semalam.Pemeriksaan berkenaan turut disertai seorang ‘pakar gajah’ untuk mengenal pasti cenderamata yang dijual itu asli dengan menggosok serta memerhati tekstur produk berkenaan.Difahamkan, gajah Malaysia atau dikenali sebagai spesies Elephas Maximus mengalami kepupusan berikutan kerap menjadi sasaran pemburu haram yang mengidamkan gading gajah haiwan itu selain gadingnya. Dalam operasi yang bermula jam 11 pagi semalam, seramai 19 pegawai Perhilitan diketuai Timbalan Pengarah dari Ibu Pejabat Perhilitan di Kuala Lumpur, Celescoriano Razond bertindak menjalankan pemeriksaan mengejut terhadap tujuh premis menjual barangan antik dan cenderamata tradisional di dalam pasar itu.
Serbuan serentak berkenaan disasarkan terhadap premis berkenaan selepas risikan dilakukan mendapati terdapat pelbagai barangan cenderamata berasaskan organ dan gading gajah dijual secara berleluasa.Sumber Perhilitan berkata, dalam serbuan pertama yang dilakukan terhadap sebuah premis di tingkat satu, pihaknya menemui pelbagai cenderamata yang dihasilkan daripada gading gajah selain beberapa haiwan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.“Berdasarkan siasatan didapati lebih 10 keris dihasilkan menggunakan gading gajah sama ada sebagai sarung keris atau hulu keris.“Kebanyakan senjata terbabit yang dijual mencecah ribuan ringgit setiap satu didakwa dibeli pemilik kedai dari ‘orang tengah’ sebelum dijual kepada pelanggan berminat,” katanya.Berdasarkan siasatan, pemilik kedai berusia sekitar 40-an berkenaan mendakwa produk berasaskan gading gajah itu mendapat sambutan dan tempahan sektor korporat selain kerabat Istana.

Wednesday, March 4, 2009

Burung gagak berkerumun patuk mayat bayi







TELUK BAHANG - 5 marvh 09 -Kehadiran sekumpulan burung gagak yang mengerumuni sesuatu di tepi jalan Batu Feringghi berdekatan kawasan Pulau Asmara di sini bukanlah asing bagi tukang sapu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), T. Verappa, 36.
Namun, semalam dia berasa tidak sedap hati lalu berpatah balik untuk melihat apa yang sebenarnya dikerumuni oleh kumpulan gagak tersebut.
Mengejutkan, kumpulan gagak itu sedang mematuk mayat seorang bayi yang masih bertali pusat dalam keadaan tertiarap di sebatang longkang di situ.
"Walaupun saya sudah terlajak kira-kira 100 meter dari tempat itu, tapi saya berasa lain macam pula sebab jumlah burung itu terlalu banyak.
"Saya hampir pengsan apabila mendapati benda yang dikerumuni itu merupakan mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat," katanya ketika di temui semalam.
Menurut Verappa, ketika kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, dia baru selesai menyapu sampah di kawasan berhampiran.
Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 309 B Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh anak dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.Sementara itu, Pakar Pathologi dan Forensik HPP, Datuk Bhupinder Singh ketika dihubungi, berkata berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan punca kematian disebabkan sesak nafas akibat lipatan tuala pada badan bayi berkenaan.Beliau berkata, siasatan juga mendapati tiada kesan kecederaan lain di badan bayi malang itu.Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di talian 04-8662222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Monday, March 2, 2009

Pramugara melalui tiga hari penuh menakutkan

KUALA LUMPUR: Seorang pramugara melalui tiga hari penuh menakutkan apabila diugut bunuh menggunakan pisau Rambo, selain penculik mengancam meletakkan mayatnya ke dalam belahan tilam sejurus dibunuh.Malah kumpulan penculik terbabit menggunakan lebih RM20,000 wang mangsa yang dikeluarkan melalui mesin ATM selepas diarahkan memberi nombor pin.Selain kaki dan tangannya diikat, enam penculik dipercayai warga Pakistan itu membelasahnya hingga lembik ketika ditahan dalam hotel, 23 Februari lalu.Bagaimanapun, pramugara berusia 34 tahun dari Puchong itu berjaya diselamatkan selepas keluarga dan rakan menyedari kehilangannya mencari mangsa dengan bantuan ahli Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) . Hasil pencarian itu, mereka menemui kereta mangsa di tempat letak kenderaan hotel di Jalan Pudu. Mengesyaki sesuatu tidak baik berlaku kepada mangsa, kumpulan itu berusaha menyelamatkannya.
Menceritakan kejadian itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Rizal, berkata pada mulanya dia langsung tidak menyangka kenalan dikenali hampir lapan bulan lalu sebenarnya merancang menculiknya.“Saya hanya mengenali seorang daripada rakan penculik itu. Pada mulanya dia mengajak saya bertemu di hotel Jalan Pudu bagi membincangkan masalahnya.“Namun, sebaik tiba di bilik hotel berkenaan, kelibatnya tidak kelihatan, sebaliknya saya disambut seorang lelaki lain mendakwa rakan kepada kenalan saya. Dia menyatakan kenalan saya keluar membeli rokok,” katanya.Menurutnya, dia cuba beredar dari bilik itu tetapi empat lagi lelaki yang berada dalam bilik berkenaan menahan sebelum mengikat kaki dan tangannya “Mereka merampas barangan berharga milik saya termasuk kad kredit dan beberapa kad ATM selain memaksa saya memberitahu nombor pin,” katanya.Harian Metro difahamkan, penjenayah terbabit menggunakan kad kredit dan kad ATM mangsa berbelanja dan membeli minuman keras mencecah RM20,000.Menurut Rizal, selepas tiga hari dikurung dia diselamatkan rakan-rakan, ahli Pekida dan anggota polis.Polis berjaya menahan seorang daripada enam ahli kumpulan penculik terbabit ketika rakannya yang lain keluar ke kedai berhampiran hotel kira-kira jam 1 pagi Khamis lalu.Hasil laporan mangsa, polis berjaya memberkas seorang ahli ahli kumpulan itu di Brickfields ketika sedang membeli arak berhampiran panggung wayang. Baki ahli geng itu masih diburu. Mangsa berada di luar negara atas nasihat keluarga dan dipercayai masih dalam keadaan trauma dan perlu bercuti bagi memulihkan kembali semangatnya.