Wednesday, May 6, 2009

lagi kes Peragut keparat !

BEBERAPA anggota polis memeriksa mayat Saripah yang dilanggar kereta selepas diragut di Kampung Padang Raja, Jalan Melor, Ketereh, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU: “Isteri saya yang hamil tiga bulan begitu seronok bermalam di rumah ibunya di Kampung Kok Bedollah, Tumpat selama seminggu kerana dapat menikmati buah mangga.“Tapi tiada siapa menyangka keseronokan itu hanya sementara dan berakhir dengan tragedi,” kata Mohd Zani Awang, 39, suami kepada Sharifah Mohd Noor, 33, yang maut akibat digilis sebuah kereta sebaik terjatuh dari motosikal selepas beg tangannya diragut, kira-kira jam 10.50 pagi, pagi semalam. Katanya, isteri ada menghubunginya dari rumah terbabit kelmarin untuk bertanya khabar.Mohd Zani yang tidak dapat menahan sebak berkata dia terkilan kerana tidak sempat menyambut kelahiran cahaya mata keenam. Kali terakhir dia menemui isterinya seminggu sebelum arwah pergi ke rumah ibunya, Hasimah Husin, 60-an, untuk melihat dua anak perempuan mereka berusia dua dan lima tahun di sana. Dia begitu seronok kerana dapat menikmati buah mangga. Menurutnya, ketika kejadian arwah dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Jel, Repek, Bachok. “Ketika menghantarnya ke sana dengan motosikal sama, saya sempat bermalam di rumah ibunya. Selepas itu terpaksa balik untuk bekerja menggunakan motosikal adik ipar.“Dia seorang yang mudah mesra dan suka mengambil berat hal anaknya. Saya tidak tahu bagaimana ingin menjalani kehidupan selepas ini, terutama bagi lima anak yang sentiasa merindui ibu mereka,” katanya.Bagi lima anaknya yang berusia dua hingga 13 tahun, kata Mohd Zani, mereka paling merasai kehilangannya. Malah, dia sedih kerana nyawa isterinya melayang angkara peragut yang tidak berhati perut dan kejam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata kejadian berlaku ketika mangsa menunggang motosikal Honda EX5 dalam perjalanan dari Ketereh ke Melor, dekat sini.Menurutnya, ketika melalui Jalan Padang Raja, motosikal ditunggang arwah dihampiri dua lelaki bermotosikal berusia 20-an yang secara tiba-tiba meragut beg tangan yang digantung pada bahunya.“Ketika itu berlaku pergeseran motosikal mangsa dengan suspek sehingga menyebabkan dia hilang kawalan lalu terjatuh di laluan bertentangan.“Pada masa sama, datang sebuah kereta Proton dari arah bertentangan terlanggar mangsa. Mangsa mati serta-merta di tempat kejadian akibat cedera di kepala dan anggota badan,” katanya.Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan jenayah hingga menyebabkan kematian.Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah di talian 09-7752200 atau di balai polis berdekatan.
http://www.hmetro.com.my/Thursday/BeritaUtama/20090507053450/Article

1 comment:

  1. Peragut!
    1 kegiatan yang nak dapat duit cepat pasal nak beli dadah.
    kalau tak isap dadah takda nya nak meragut.
    itu pasal kerajaan cakap dadah musuh no 1 negara.
    peragut! mulia lagi lembu yang meragut rumput kerana lembu tiada akal.jaga2 peragut..handbeg tak dapat, moto masuk longkang ke balai patah riuk dikerjakan!

    ReplyDelete