Friday, January 9, 2009

Mat Rempit Menganas



Mat Rempit rempuh ketua polis trafik
Oleh Hadzlan Hassanhadzlan@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: Keganasan kumpulan Mat Rempit di daerah ini dianggap sudah keterlaluan apabila mereka bukan saja tidak mempedulikan nyawa orang ramai ketika berlumba, malah sanggup merempuh dua anggota polis termasuk orang nombor dua Polis Trafik negeri, awal pagi semalam.Kejadian berlaku di dua lokasi berbeza di Wakaf Mempelam dan Jalan Sultan Mahmud di sini hingga menyebabkan Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Ismail Man, 36, patah tangan kanan dan cedera di pinggang, manakala Koperal Mohd Al Fauzi Abdullah, 27, dari Cawangan Trafik Jalan Bandar, Kuala Lumpur, patah kaki kiri.Ismail ketika ditemui berkata, dia yang menunggang motosikal cuba menghampiri sekumpulan Mat Rempit yang menunjukkan aksi berbahaya di Wakaf Mempelam sebelum secara tiba-tiba dihimpit sebuah motosikal menyebabkan dia dan seorang Mat Rempit terbabas dalam longkang.“Saya cuba menahan mereka, namun selepas dihimpit saya terjatuh, tetapi dia (Mat Rempit) sempat bangun dan melarikan diri sebelum saya dibantu rakan sepasukan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya.

No comments:

Post a Comment