Tuesday, January 6, 2009

Derita angakara peragut

Derita angkara peragut

KUALA TERENGGANU: Seorang pembantu tadika Kemas dalam perjalanan menghantar laporan berhubung pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu patah kedua-dua belah kaki dan tangan kanannya selepas terbabit dalam satu kejadian ragut di Jalan Pusara, petang kelmarin.Kejadian malang itu berlaku apabila motosikal ditunggangnya dihimpit motosikal jenis Yamaha RXZ milik seorang lelaki tidak dikenali secara tiba-tiba meragut beg berisi wang tunai RM500 yang diletakkan dalam raga motosikalnya, kira-kira jam 4.30 petang.Nasib malang yang menimpa Suhaida Ab Rahman, 35, dari Kampung Tanjung itu mendapat perhatian Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dan isterinya Toh Puan Norliza Mahmud yang melawat serta menghulurkan sumbangan peribadi kepadanya di Wad 3, Hospital Sultanah Nur Zahirah, semalam. Mangsa ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah, berkata dia masih trauma dengan kejadian berkenaan kerana lelaki terbabit menunggang motosikal dalam keadaan laju dan secara tiba-tiba menyambar beg tangan yang disorokkan di bawah baju hujan dalam raga motosikal. ( di petik dari harian mitro 06/01/09 selasa ) Apa kesudahan dengan peragut ? mereka amat kejam, sangup lakukan apa saja asal mereka dapat.. kita semua harus berwaspada dan berhati-hati.

No comments:

Post a Comment