Tuesday, February 24, 2009

3 maut melaram kereta ‘baru’. Kuantan Pahang


REMUK...keadaan kereta yang dinaiki lima sahabat selepas terbabit nahas. Gambar kecil, Mohd Hafiz (kiri) dan Sharifah Nor Jannah.
Kegembiraan seorang posmen melaram kereta baru dibeli empat hari lalu bersama empat rakan berakhir tragedi apabila tiga daripada rakannya itu maut selepas terbabit kemalangan di Jalan Teluk Cempedak di sini, pagi semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi, kereta mangsa dipandu seorang rakan yang baru mendapat lesen memandu dipercayai hilang kawalan sebaik tiba di persimpangan Datuk Abu Samah, Kuantan, pahang sebelum terbabas dan merempuh sebatang pokok. Difahamkan, ketika kejadian kelima-lima mangsa dalam perjalanan pulang ke Pekan selepas makan malam di Teluk Cempedak. Mangsa yang maut semua penumpang belakang, Mohd Herry Razali, 23, dari Kampung Sungai Mat Dulang, Pekan; Mohd Hafiz Jantan, 24, dari Padang Polo, Pekan dan Sharifah Nor Jannah Syed Mohammad, 18, dari Kampung Parit, Pekan.

1 comment:

  1. mati mati mati inalillah...naik basikal pun bole mati gak,ajal dimana mana shj...allahuakhbar,berhati hati la dimana shj kita berada...

    ReplyDelete