Wednesday, April 8, 2009

Lelaki maut kereta bertembung lori balak

PASIR PUTEH: “Sambil melaungkan Allahuakbar, saya terus memulas stereng serta membrek lori sekuat hati sebaik melihat sebuah kereta tiba-tiba memasuki laluan saya,” kata Ghazali Yazid, 49, selepas lori balak dipandunya bertembung sebuah kereta di Kilometer 51, Jalan Pasir Puteh-Jertih, Bukit Yong, dekat sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, pemandu kereta terbabit, Amir Hussain Saari, 27, dari Kampung Pulau Kemiri, Sungai Siput, Perak, terbunuh di tempat kejadian selepas tersepit dalam kenderaannya. Mangsa pelatih Pusat Latihan Petronas Batu Rakit, Terengganu, dalam perjalanan pulang bercuti ke kampung halamannya bersama dua kenderaan lain sebelum kereta dipandunya bertembung sebuah lori balak yang sarat muatan. Ghazali berkata, sebelum kejadian, dia dalam perjalanan membawa balak yang diambil dari Grik, Perak, untuk dihantar ke sebuah kilang papan di Jertih, Terengganu.
ikuti di Hmitro >

No comments:

Post a Comment