Wednesday, April 8, 2009

Duit Tabung Haji Pun Dia Orang Sapu.

KUALA LUMPUR - Dua pengarah Metrowangsa Asset Management Sdn. Bhd., Ghazali Atan dan Mohamed Abdul Wahab yang didapati bersalah bersubahat mengeluarkan RM50 juta daripada akaun amanah Tabung Haji didenda RM200,000 setiap seorang atau penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Rosenani Abdul Rahman membenarkan kedua-dua tertuduh membayar denda secara ansuran iaitu sebanyak RM100,000 semalam dan RM50,000 lagi pada 7 Mei dan 7 Jun.
Ghazali, 57, dan Mohamed, 58, dituduh bersubahat mengeluarkan wang itu di Malayan Banking Berhad, Menara Maybank bagi membuat pembayaran kepada Mimos, yang bukan pihak yang berhak terhadap wang tersebut.
Mereka melakukan perbuatan itu di Ampang antara 18 April dan 24 Mei 2001.
Md. Yunos Shariff, peguam yang mewakili Ghazali, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda minimum kerana tertuduh tidak lagi bekerja sejak lesen syarikat Metrowangsa Asset Management ditarik balik oleh Suruhanjaya Sekuriti.
Md. Yunos berkata, Ghazali juga tidak memperoleh sebarang faedah daripada wang yang dikeluarkan itu.

dapat berita dari Kosmo >
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0408&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

No comments:

Post a Comment