Wednesday, April 8, 2009

Apa dah jadi dengan Peminat bola di Kelantan !

HALIM (kanan) ditenteramkan oleh rakan sepasukannya selepas tamat aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu kelmarin.TINDAKAN agresif penjaga gol Kelantan, Mohd. Halim Napi menyerang pemain Negeri Sembilan, Mohd. Aidil Zakuan Radzak sejurus selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala FA berakhir didakwa menjadi punca berlaku kekecohan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu berakhir, malam kelmarin, lapor ZAID MOHD. NOOR.


KOTA BHARU 8 April - Sangat memalukan! Itu reaksi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung perilaku penyokong Kelantan yang merusuh selepas perlawanan bola sepak Piala FA di Stadium Sultan Muhammed IV di sini malam tadi. Katanya, insiden terburuk dan mencemarkan bola sepak negara itu tidak sepatutnya berlaku di negeri ini.Beliau berkata, Kelantan terkenal dengan gelaran-gelaran yang 'baik-baik' termasuk 'bumi tadahan wahyu' - namun kejadian semalam memberikan gambaran sebaliknya. ''Saya sangat dukacita dengan apa yang berlaku dan mudah-mudahan ia tidak lagi berulang dan biarlah ini yang terakhir," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Kota Darulnaim di sini hari ini. Dalam kejadian malam tadi, penyokong Kelantan menunjukkan emosi yang tidak terkawal, bertindak agresif lalu merusuh dengan membakar sebuah kenderaan polis serta merosakkan beberapa buah kenderaan lain di pekarangan stadium sejurus perlawanan berakhir.
Polis akhirnya bertindak melepaskan gas pemedih mata untuk menyurai kumpulan yang perusuh berhampiran pintu masuk stadium itu. Dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA itu, Negeri Sembilan menewaskan Kelantan 1-0 - kekalahan kedua tuan rumah dalam tempoh seminggu kepada pasukan yang sama, terdahulu dalam saingan Liga Super. Kata beliau, sukan selalunya dikait dengan semangat kesukanan yang tinggi, namun penyokong Kelantan seolah-olah tidak langsung menunjukkan semangat sebegitu. Nik Abdul Aziz berkata, amat malang apabila pihak polis yang ditugaskan menjaga keamanan dalam suasana perlawanan menjadi sasaran para perusuh. ''Saya sangat dukacita. Ini memalukan kita, polis mengawal keselamatan permainan bola sepak, jadi polis perlu bertindak tegas,'' ujarnya.

berita selanjutnya di Kosmo >
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0409&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0409&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm

No comments:

Post a Comment