Wednesday, February 11, 2009

> Parkison hanya menerang orang tua



“TERUS TERANG saya katakan, stigma masyarakat membuatkan kami pesakit Parkinson ‘mati’ sebelum masanya,” luah Niamat Ali Raukee, 68. Bercerita lanjut, insiden diketawakan, dipandang sebagai objek pelik serta diperlekehkan sudah menjadi asam garam kehidupan Niamat dan pesakit Parkinson yang lain. Malah, semenjak disahkan menghidap penyakit pergerakan dan rangsangan otot itu kira-kira 14 tahun lalu, terlalu banyak insiden yang membuatkan beliau berasa lebih selesa duduk di rumah sahaja. “Saya pernah diketawakan kerana meminta tolong bangunkan saya dari kerusi ketika hendak membayar bil. Orang itu anggap saya berpura-pura,” katanya. Walaupun Niamat mengambil ubat-ubatan sebanyak tujuh kali sehari, fenomena ‘baik sekejap’ membuatkan beliau hanya mampu berjalan sempurna selama dua jam selepas mengambil ubat. “Anggapan yang pesakit Parkinson ini selalu menggeletar tangan tidak tepat. Tangan saya menggeletar pada waktu tertentu sahaja.
“Masalah utamanya ialah apabila kita tidak mampu menggerakkan tubuh. Itulah yang orang ramai tidak faham,” katanya. Nyata, melihat keadaan Naimat ketika diwawancara, tiada langsung tanda yang beliau menghidap penyakit yang sering dikaitkan dengan warga emas itu.
Bekas guru ini juga memberitahu, agak sukar pada mulanya untuk beliau menerima hakikat dirinya menghidap Parkinson. Hanya selepas menjalani diagnosis di beberapa buah hospital barulah beliau dapat menerima kenyataan. “Hingga kini, masih ada rakan yang tidak percaya saya mengalaminya kerana pada zahir semuanya kelihatan sempurna. “Namun sebenarnya ia sangat menakutkan. Segalanya bermula dengan kesukaran menggerakkan kaki kiri beberapa tahun lalu dan kini, saya disahkan menghidap Parkinson,” katanya. Pakar Runding Neuro dari Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr. Chew Nee Kong menjelaskan, penyakit misteri ini sering disalah anggap oleh masyarakat.

1 comment:

  1. antara hidup dan ajal ...begini la caranya seseorg manusia akan mati,mendoakan kpd semua semoga kematian kita didlm keadaan yg sempurna insyaallah...

    ReplyDelete