Sunday, February 15, 2009

Treler terbabas di KM 25 Lebuhraya Karak

Km 25 Lebuhraya KL-Karak/Batu 11, Jalan Gombak. 15 Feb 2009

Hasrat seorang isteri menemani suaminya menaiki treler dipandu suaminya, akhirnya berakhir dengan tragedi. Kedua-dua mereka akhirnya menemui ajal dengan keadaan yang amat tragis. Pasangan suami isterinya akhirnya maut apabila treler yang dinaiki terhumban ke tebing sungai setelah terbabas di lebuhraya. Kemalangan berlaku kira-kira jam 9 pagi tadi di KM 25 Lebuhraya Karak arah Kuala Lumpur. Treler ini membawa muatan batang besi pembinaan seberat kira-kira 25 tan dari Pantai Timur dan dipercayai menuju ke Shah Alam.
Setibanya di tempat kejadian, treler ini dipercayai hilang kawalan lalu merempuh besi penghadang lebuhraya. Ia kemudian terus terhumban ke bawah setinggi kira-kira 8 meter menyebabkan kepala treler ini terbalik manakala muatannya bertaburan di atas lebuhraya dan terjatuh ke jalan di bawah. Suami, Azizan Abu Bakar, 49 tahun dari Kg Hutan Gelam, Tikam Batu, Sg Petani, Kedah tercampak di atas jalan dan ditimpa oleh batang besi. Manakala isterinya, Zarina Abdullah , seorang warga Thai, beralamat di Batu 1 Kg Behor Temak Kangar, Perlis, tersepit di celah kepala treler yang remuk.
Kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian. mereka dipercayai baru sahaja berkahwin tahun lalu. Sekeping kad Hal-Ehwal Agama Islam Perlis yang ditemui di tempat kejadian, menunjukkan , Zarina baru sahaja memeluk agama Islam Jun tahun lalu. Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Supritendan Che Husin Omar berkata, kawasan terbabit merupakan kawasan kerap berlaku kemalangan kerana ia merupakan laluan menuruni bukit dan merupakan satu selekoh. Siasatan juga menjurus samada kemalangan akibat masalah mekanikal seperti tayar atau kecuaian pemandu.

4 comments:

  1. salam . abg ni dari metro ke?

    :angeldream:

    ReplyDelete
  2. wsalam.. tak, abang juru gambar sambilan aje.. kalau ada yang menarit abang sampai le.. itu pun kalau dapat maklumat dari pehak polis.

    ReplyDelete
  3. salam
    utk makluman, anda boleh melihat dan membaca entry sebegini dari blog asal penulisnya di ondscene.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. hehehehehe...zulshaari said...
    wsalam.. tak, abang juru gambar sambilan aje.. kalau ada yang menarit abang sampai le.. itu pun kalau dapat maklumat dari pehak polis.
    February 18, 2009 8:42 AM <<<

    NGAKU KO PUNYE? KO DAPAT MAKLUMAT DARI SAPE?

    "PEHAK POLIS?????"

    KO CILOK ORG PUNYER ENTRY.. KO SEBAT ORG PUNYER GAMBO... KO NGAKU KO PUNYER????

    MALU LER SKET WEH !!! ORG NAK JADI BLOGGER, KO PUN NK JADI BLOGGER.. TAPI SEBAT HAK ORG, TAKMO BG CREDIT SKET PON...

    HAMPEH LA LUU......

    ReplyDelete